Jika anda menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Portugal, bolehkah anda mengecam mana satu Cristiano Ronaldo?
Anda mungkin mentertawakan soalan di atas. Ini kerana anda sangat mengenali bintang Real Madrid, juga merupakan pemenang 5 kali Ballon d’or ini.
Nama Cristiano Ronaldo sememangnya sudah sinonim dengan dunia bola sepak. Tetapi kenalkah anda akan Chencho ‘Ronaldo’ Gyeltshen?
Chencho ‘Ronaldo’ Gyeltshen
Chencho Gyeltshen memiliki perkaitan yang menarik untuk dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo. Sekurang-kurangnya jika perjalanan karier profesional Chencho disingkap kembali.
Chencho yang beraksi bersama Minerva Punjab FC merupakan pemain pertama dari Bhutan yang beraksi di I-League sebagai pemain profesional.
Di usia mudanya, bola sepak bukan pilihan utama sukan yang mahu diceburi oleh Chencho. Sebaliknya Chencho lebih menggemari ilmu mempertahankan diri, iaitu taekwando.
Namun demikian, selepas hanya menyaksikan satu perlawanan membabitkan idolanya Cristiano Ronaldo bersama Manchester United, Chencho yang berusia 10 tahun pada waktu itu tekad mahu mengubah kehidupannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
“Perkara terutama yang membuatkan saya terpikat dengan (Cristiano) Ronaldo ialah kerja keras dan disiplin yang diterapkan pemain ini untuk menjadi pemain terbaik dunia.”
“Ronaldo tidak mempunyai bakat semulajadi seperti Messi, namun kerja keras yang dilakukannya menjadikan Ronaldo seperti apa yang kita lihat pada hari ini,” jelas Chencho yang menjadikan Ronaldo sebagai inspirasi.
Karier awal
Karier Chencho di dalam bola sepak tidak tertangguh lama. Pada usia 11 tahun, anak muda ini direkrut oleh kelab tempatan, Yeedzin sebelum beliau menyertai Thimphu FC pada 2015.
Nama Chencho ‘Ronaldo’ pantas menjadi sebutan di dalam saingan domestik di Bhutan, dan perpindahan ke Surin City FC di Thailand menjadikan Chencho sebagai pemain Bhutan pertama yang beraksi di luar negara.
Ladies & Gentlemen❗ Here’s presenting to you “Bhutanese Ronaldo” @Che7cho ‘s new look ? #chakdephatte #WarriorTravelDiaries pic.twitter.com/N1uzWN0jwt
— MINERVA PUNJAB FC (@Minerva_AFC) January 6, 2018
Prestasi cemerlang Chencho di peringkat kelab turut mendapat perhatian jurulatih skuad kebangsaan Bhutan, dan penampilan pertama bersama negaranya tiba pada usia 19 tahun dalam perlawanan menentang Nepal.
Walaupun Bhutan tewas dalam perlawanan tersebut, peluang itu tidak disia-siakan oleh Chencho untuk menjaringkan gol pertama antarabangsa buat negaranya.
Dua gol jaringan Chencho untuk membantu Bhutan menewaskan Sri Lanka di pusingan kelayakkan Piala Dunia pada 2015 adalah antara yang menarik perhatian dunia terhadap bola sepak negara Himalaya ini.- juga menjadikan Chencho menjadi pemain berstatus selebriti di negaranya.
Ia dianggap sebagai kemenangan moral yang bernilai buat negara yang pernah menduduki kedudukan terendah di dalam ranking dunia FIFA.
Bhutan Vs oman pic.twitter.com/ayUPODzmcL
— Bhutan Football (@BhutanFootball) November 14, 2017
Hari ini, Chencho Gyeltshen merupakan penjaring terbanyak untuk Bhutan di pentas antarabangsa dengan 10 gol daripada 29 penampilan.
Ia adalah pencapaian yang agak bagus di peringkat antarabangsa sekiranya ratio jaringan 0.34 gol untuk setiap 90 minit perlawanan diambil kira.
Minerva Punjab FC
Perjalanan untuk bergelar atlet profesional bukannya mudah buat mana-mana ahli sukan di Bhutan.
Apatah lagi di dalam bola sepak dan mencipta nama di luar negara, ia perjalanan yang penuh berliku.
Menurut Pengarah Pemasaran Persatuan Bola Sepak Bhutan (BFF), Phuntshi Wangdi, bola sepak di Butan masih berstatus amatur dan bergelar pemain bola sepak sebagai profesion bukan pilihan utama rakyat di negara tersebut.
Berstatus warganegara Bhutan turut tidak membantu apabila kebanyakkan kelab bola sepak di luar negara sering memandang rendah akan keupayaan pemain dari negara itu.
Congratulations Chencho Parop Gyeltshen and MINERVA PUNJAB FC for winning the I league , proud of you son of dragon pic.twitter.com/QwY02BqGGL
— Bhutan Football (@BhutanFootball) March 8, 2018
Kejayaan Chencho sedikit sebanyak mengubah persepsi ini. Pada 2016, Chencho sudah pun menjadi atlet dengan pendapatan tertinggi apabila menyertai Chittagong Abahani di Bangladesh.
Bagaimanapun, ia adalah karier di I-League bersama Minerva Punjab FC di mana Chencho mulai mencipta reputasi sebagai pemain terbaik yang pernah Bhutan miliki.
??? Cheers to the most memorable evening in the history of our club where boys got hold of all that they deserved ?⚽️ (1/3)
We missed @Che7cho & Kiran Chemjong who couldn’t make it due to National Duty. #chakdephatte #IndianFootball pic.twitter.com/s7sQGzRlzT
— MINERVA PUNJAB FC (@Minerva_AFC) March 22, 2018
Ketika perlawanan pra musim bersama Minerva, Chencho menjaringkan hatrik dalam penampilan pertama menentang Bengaluru FC.
Sejak daripada itu, Chencho tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Beraksi di dalam semua 18 perlawanan I-League untuk Minerva Punjab FC, Chencho menjaringkan 7 gol untuk membantu kelab baharunya menjuarai I-League, selepas sekadar berpuas hati menduduki tangga ke-9 sebelum ketibaan Chencho.
What a peach of a goal it was from none but @Che7cho !!! An exquisite piece of brilliance shown by the @Minerva_AFC attacker to make @Mohun_Bagan defence look so ordinary #MBvMPFC #HeroILeague (Courtesy: @hotstartweets ) pic.twitter.com/hC57cfDS94
— Hero I-League (@ILeagueOfficial) January 11, 2018
Prestasi cemerlang Chencho bersama Minerva pantas membuatkan beliau digelar sebagai ‘Ronaldo Bhutan’ di kalangan penyokong Minerva.
Congratulations chencho gyeltshen for his first goal and hero of the match and Minerva Punjab fc for first win. pic.twitter.com/8j8ykRgkoz
— Bhutan Football (@BhutanFootball) December 1, 2017
Dari segi pemasaran, Minerva turut memperolehi lebih sejuta pengikut baharu dari Bhutan yang menyaksikan perlawanan membabitkan Chencho di kaca televisyen.
?? Here’s Congratulating our Bhutanese hitman @Che7cho who was adjudged as the Best Forward of the Season in the recently concluded @ILeagueOfficial 2017-18 ⚡️⚽️?? #chakdephatte pic.twitter.com/rAJk1205gq
— MINERVA PUNJAB FC (@Minerva_AFC) March 24, 2018
Ini menjadikan saingan I-League sebagai antara liga yang paling diikuti di Bhutan selepas Indian Super League (ISL).
Prestasi cemerlang Chencho bersama Minerva turut menobatkan beliau sebagai penyerang terbaik I-League pada musim lalu.
Pembangunan akar umbi
Kemunculan pemain seperti Chencho Gyeltshen tidak akan dapat direalisasikan tanpa pembangunan akar umbi yang terancang.
Badan induk bola sepak Bhutan, BFF telah merancang pelbagai jenis program pembangunan akar umbi merentasi 20 daerah di negara berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Antara program yang dilaksanakan ialah ‘Pelan Strategik Pembangunan Bola Sepak’ yang berpandukan pelan pembangunan berdasarkan kriteria yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Hubungan baik BFF dengan pihak kerajaan turut memudahkan kerjasama strategik dilaksanakan untuk menjadikan bola sepak sebagai agenda nasional di negara Himalaya itu.
Selain daripada program peringkat dalaman, BFF turut mengikat usahasama bersama The Japan Professional League, dengan objektif membangunkan bola sepak di 5 daerah utama di Bhutan, iaitu di Thimphu, Punakha, Wangdue, Paro dan Haa.
Usaha BFF untuk memartabatkan bola sepak di negara berkenaan turut tidak dipandang sipi apabila dianugerahkan ‘AFC President Recognition Awards’ oleh badan bola sepak Asia itu selama dua tahun berturut-turut sejak 2016.
Penutup
Pada 1 April ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan aksi Chencho Gyeltshen dan keseluruhan skuad ‘Dragon Boy’ dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun dibelasah Maldives 7-0 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 yang lalu, cabaran Bhutan yang dibimbing oleh bekas pengandali Sarawak FA, Trevor Morgan tidak harus dipandang mudah.
Bhutan mungkin pernah bergelar pasukan bola sepak paling teruk di dunia. Namun kesungguhan dan kecekalan mereka untuk membangunkan program akar umbi adalah sesuatu yang harus kita pelajari.