Pertahanan kental Indonesia iaitu Elkan Baggott secara rasminya sudah pun menyertai Cheltenham Town dalam saingan EFL League One di England secara status pinjaman tahun ini.
Baggott yang dimiliki oleh Ipswich Town sebelum itu telah pun dipinjamkan kepada Gillingham FC yang beraksi dalam saingan EFL League Two dan tampil dengan aksi cukup mempersonakan.
✅ New signing
✅ Scarf photo #ctfc pic.twitter.com/ZbDkTzksJZ
— Cheltenham Town (@CTFCofficial) January 19, 2023
Bersama Cheltenham Town, pemain muda Indonesia ini telah pun menetapkan sasaran beliau tersendiri mahu membantu Cheltenham mengelak daripada tersingkir ke divisyen League Two, selain menampilkan aksi lebih kukuh di posisi pertahanan serta seimbang membantu serangan.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini membantu Cheltenham musim ini. Saya sudah pun bersedia untuk dibawa turun beraksi dan mahu membantu pasukan dari segala sudut untuk memastikan kami kekal bersaing.
“Sudah tentu saya ingin membantu baik dari segi pertahanan atau serangan. Selain itu, saya juga ingin memperbaiki aspek pertahanan.
“Pada masa sama, saya juga ingin terus menyesuaikan diri di posisi serangan agar saya mampu membantu pasukan dari sudut penghasilan gol,” jelas Baggot.
Pada masa sama, Cheltenham Town juga menganggap kehadiran Baggott sebagai suatu yang sangat baik buat pasukan kerana kelebihan dimiliki pemain tersebut.
Ulas pengurus kelab iaitu Wade Elliot, Baggott memiliki kriteria yang sangat lengkap ketika ini untuk terus memperkukuhkan jentera pertahanan mereka pada masa akan datang.
🗣️ Wade on our latest addition, Elkan Baggott: "He's tall, athletic, and can handle the ball so fits with the profile we look for" #ctfc
— Cheltenham Town (@CTFCofficial) January 20, 2023
“Baggott memiliki aspek fizikal yang bagus serta dapat menguasai bola dengan sangat baik sekali dan kehadiran beliau adalah yang kami cari.
“Menerusi aspek karakter dimiliki Baggott pula, beliau merupakan pemain yang bercita-cita tinggi dan sepadan dengan DNA dalam pasukan,” jelas beliau menerusi Bola.com.
Untuk rekod, Baggott bukan sahaja seorang yang stabil di posisi pertahanan, malah beliau juga sering menjaringkan gol penting buat kelab lamanya iaitu Gillingham.
Sepanjang bersama Gillingham, pertahanan muda ini telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan bersama Gillingham daripada 32 penampilan dicatat pemain ini buat pasukan tersebut.
Ketika ini, Cheltenham sudah pun berada di posisi ke-18 dalam saingan liga dan dibezakan dengan hanya empat mata daripada Cambridge United di zon penyingkiran.
😆 Who’s happy with @BaggottElkan then? #ctfc pic.twitter.com/Ar1P2rB28V
— Cheltenham Town (@CTFCofficial) January 19, 2023
Berbaki lima bulan sahaja musim ini bersama Cheltenham Town, Baggott mempunyai tugas berat untuk memenuhi jangkaan ramai para penyokong kelab tersebut bagi merubah kembali aspek pertahanan supaya stabil.