Perseteruan di antara Chelsea dan Manchester United boleh dikatakan sebagai permusuhan era moden. Ia menjadi lebih penting ketika era Alex Ferguson dan Jose Mourinho.
Roman Abramovich melabur ratusan juta pada tahun pertama beliau di Chelsea dan salah satu daripada sebabnya adalah untuk memecahkan dominasi Manchester United.
Untuk peminat Chelsea, perlawanan ini lebih penting daripada mana-mana permusuhan di London. Ia dihangatkan lagi apabila pengurus yang paling berjaya dalam sejarah Chelsea akan menjadi penentang mereka pada hari ini.
Jose Mourinho Memberikan Dimensi Baru Dalam Permusuhan Chelsea-United
Legenda The Blues Frank Lampard merupakan salah seorang pemain yang paling penting dalam era gemilang rejim Jose Mourinho melabelkan pengurus itu sebagai ‘Untouchable’.
Lampard yang kini bermain di Amerika Syarikat menyatakan beliau sudah tidak sabar-sabar dengan perlawanan besar ini.
Bercakap kepada skysports, Lampard berkata :
“Jose Mourinho adalah pemenang,”
“Saya telah bekerja dengan beliau dan juga pernah melawan beliau, yang pasti dia sentiasa mahu menang dalam pertarungan, lebih-lebih lagi jika ia perlawanan yang kompetitif dan besar seperti ini.”
“Beliau tahu sejara kelab ini dan saya pasti beliau masih ada perasaan yang istimewa untuk Chelsea sejak dari hari pertama dia di sana.”
“Namun, pada masa yang sama beliau akan bekerja keras untuk pasukannya untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang baik di Stamford Bridge.”
“ia adalah dimensi tambahan dengan Jose Mourinho akan kembali jadi ia adalah satu perlawanan yang besar. Ia akan menjadi lebih besar dengan ramuan tambahan seperti yang ada sekarang.”
Mourinho Tidak Pernah Bersahabat Dengan Abramovich
Jose Mourinho sedang bersedia untuk perlawanan di Stamford Bridge, tetapi kali ini hanya sebagai pengurus pasukan lawan.
Bercakap kepada sidang akhbar menjelang perlawanan ini, Jose Mourinho mendedahkan dia tidak pernah berkawan dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.
Mourinho turut menambah, dia dan Abramovich cuma ada hubungan profesional semasa beliau bertugas di Chelsea.
“Kami berdua sentiasa ada hubungan seperti pemilik-pengurus dan ia hubungan yang saya sangat hormati. Kami bukan rakan dan tidak pernah rapat antara satu sama lain.”
“Jadi saya akan berjumpa dengan dia dan berjabat tangan dengannya pada Ahad ini.”
Hubungan Mourinho dan Abramovich memang tidak seindah seperti yang digambarkan ramai pihak. Ia adalah sebab kenapa Jose Mourinho dipecat sebanyak 2 kali oleh Abramovich walaupun dia memberikan trofi EPL.
Pada musim lalu, hubungan mereka dilaporkan retak apabila Jose Mourinho terus mendesak Abramovich untuk mengeluarkan dana untuk mendapatkan pemain baru.
Abramovich dilaporkan mengarahkan Jose Mourinho untuk tidak menjual beberapa pemain kerana beliau tidak akan mengeluarkan duit yang banyak kepada Mourinho.
Mourinho dipecat selepas rentetan keputusan buruk yang menyaksikan kelab itu pada satu ketika berada di tangga ke-16 Liga. Beliau digantikan dengan interim Guus Hiddink.
Taktikal
Jose Mourinho melaungkan amaran akan bermain bola sepak yang bertenaga dalam kunjungan mereka pada kali ini. Kami jangkakan Mourinho akan mengekalkan taktikal dan formasi ketika menentang Fenerbahce.
Oleh itu, Paul Pogba akan diberikan peranan yang lebih advance di belakang pemain serangan. Wayne Rooney dijangka akan disisihkan sekali lagi.
Seorang lagi bintang yang pernah dibuang oleh Jose Mourinho ketika di Chelsea, Juan Mata dijangka akan menjadi pusat kreativiti dan sumber ancaman utama United.
Mata beraksi cemerlang musim ini dan mungkin merupakan pemain tengah terbaik yang dimiliki United buat masa ini.
Untuk Chelsea, ini mungkin perlawanan ke-3 mereka bermain dengan sistem pertahanan bertiga selepas separuh masa kedua di Emirates dan juga perlawanan minggu lalu.
Diego Costa dijangka akan menjadi pemain penting untuk Chelsea, namun mereka masih perlu memperbaiki aspek pertahan di bahagian sisi.
Sebelum Wisel
Ia adalah kepulangan pengurus yang paling popular di Stamford Bridge, Jose Mourinho. Kali ini beliau mengetuai pasukan yang boleh dianggap musuh Chelsea pada era moden.
Kedua-dua kelab telah bertemu sebanyal 174 kali. 75 daripadanya dimenangi United, 50 lagi milik Chelsea, baki 49 perlawanan adalah seri.
Dalam 10 perlawanan terakhir pula, Chelsea unggul dalam pertemuan ini setelah tanpa kalah dalam tempoh tersebut dengan 5 kemenangan dan 5 seri.
Adakah The Special One mampu membawa 3 mata daripada wilayah Roman Abramovich?
Baca juga :Pep Guardiola Lebih Rela Letak Jawatan ‘Dan Balik Kampung’ Daripada Mengubah Taktikal