Chelsea & Tottenham Berebut Dapatkan Julian Nagelsmann?

Julian Nagelsmann

Dua kelab London, Chelsea dan Tottenham Hotspur kini dalam misi untuk mencari pengurus baharu selepas pengendali sebelum ini disingkirkan.

Sebelum ini, Spurs melepaskan Antonio Conte atas persetujuan bersama sementara Graham Potter turut mengalami nasib yang sama selepas kalah kepada Aston Villa tempoh hari.

Buat masa sekarang, kedua-dua kelab kini sedang diketuai oleh pengendali sementara sebelum pengurus baharu dibawa masuk.

Dengan kedua-dua kelab kini tiada pengurus, mereka pastinya sudah memulakan pencarian dan hanya ada satu nama sahaja yang sedang hangat dibualkan.

Nama tersebut adalah Julian Nagelsmann.

Nagelsmann merupakan mantan pengurus Bayern Munich yang baru saja disingkirkan oleh kelab tersebut.

Tempat beliau kini diganti oleh Thomas Tuchel yang merupakan mantan pengendali Chelsea.

Menurut Fabrizio Romano, Nagelsmann kini menjadi calon utama bagi Chelsea mendapatkan semula kejayaan yang hilang daripada genggaman mereka.

Pengurus muda itu dikatakan menjadi calon utama bagi Chelsea dan dengan beliau kini tidak mempunyai pasukan, adalah lebih mudah untuk mereka cuba mendapatkan Nagelsmann.

Nama Nagelsmann kini disebut sebagai “pengurus yang berbakat”dan beliau sudah menjadi bualan pihak pengurusan Chelsea dalam mesyuarat tertutup.

Namun begitu, walaupun Chelsea memang ada perancangan untuk mendapatkan Naglesmann. Apa pula cerita Spurs?

Spurs buat masa sekarang dalam usaha mencari pengendali baharu dengan nama paling hangat diperkata adalah Nagelsmann.

Jika mereka cuba mendapatkan orang yang sama Chelsea sedang kejarkan, ia akan menjadi satu pertarungan untuk mendapatkan pengurus berbakat tersebut.

Nama seperti Mauricio Pochettino masih lagi dalam radar namun Spurs dilihat tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan sekali lagi dengan pengurus tersebut buat kali kedua.

Jadi, antara Chelsea dan Spurs, siapakah yang akan menang dalam usaha mendapatkan Nagelsmann? Kita nantikan saja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN