Chelsea Tewaskan Stoke, Hatrik Morata Dan Pesta Sepanyol

Chelsea menang bergaya 0-4 ke atas Stoke City. Lebih menarik kesemua 4 gol Chelsea adalah daripada pemain Sepanyol sama ada penjaring gol mahupun yang melakukan bantuan gol.

Lebih menarik, 8 daripada 10 gol terakhir Chelsea adalah melibatkan pemain Sepanyol.

Alvaro Morata memulakan hari membantai Stoke dengan gol minit ke-2 hasil lorongan cantik Azpilicueta. Tidak lama selepas itu, Pedro mengambil kesempatan di atas kesilapan Darren Fletcher untuk gol kedua.

Bersambung babak kedua, larian deras Morata memberikan Chelsea pendahuluan 0-3 dan ia boleh dianggap pembunuh kepada perlawanan ini.

Morata tidak berhenti setakat itu, apabila Cesar Azpilicueta mendada bola untuk melakukan lay off kepada beliau. Morata menyudahkannya untuk memastikan hatrik pertama beliau untuk Chelsea.

Morata kini menjadi pemain ke-17 menjaringkan hatrik untuk Chelsea dalam EPL. Hanya Arsenal memiliki pemain yang lebih ramai dengan 18 pemain.

Kemenangan ini pastinya melegakan Antonio Conte lebih-lebih lagi prestasi Morata. Sebelum ini Conte mempertahankan Morata selepas pemain tersebut dikritik beberapa peminat Chelsea.

Morata yang dibeli dengan rekod perpindahan kelab mereka daripada Real Madrid kini sudah menjaringkan 6 gol setakat ini di EPL.

Stoke City terus mengulangi skrip yang sama dalam beberapa musim ini. Mereka seringkali memulakan musim dengan dianggap pasukan pengacau kerana kualiti pemain yang mereka beli /pinjam dalam perpindahan pra-musim.

Selepas itu, mereka akan berhadapan dengan masalah konsistensi. Skuad Mark Hughes kini berada di tangga ke-15 liga meskipun ada pemain seperti Xheridan Shaqiri, dan Jese.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN