September Lalu Penyokong Chelsea Bersorak ‘Yid’, Hari Ini Mereka Akan Berkempen Menentang Anti-Semitism

Dalam perlawanan awal pagi nanti, Chelsea akan memulakan kempen anti-semitism di dalam kelab mereka. Insiatif ini adalah daripada Roman Abramovich yang mahukan segala jenis semangat anti Yahudi di Stamford Bridge dihapuskan.

Mungkin kerana risau dengan gelagat penyokong Chelsea yang selalu bersorak anti-Yahudi, membuatkan Abramovich mengambil langkah awal dengan kempen ini.

September lalu Chelsea mengutuk tindakan penyokong mereka yang menyorak gol Morata dengan sorakan Yid merujuk kepada gelaran untuk seorang Yahudi.

Sorakan itu ditujukan untuk penyokong Spurs yang merupakan seteru Chelsea. Spurs seringkali dikaitkan dengan kelab yang disokong oleh komuniti Yahudi di London.

Mereka bersorak “Alvaro, oh, Alvaro, oh. He came from Real Madrid, he hates the f****** Yids.”

Dalam perlawanan menentang Bounermouth awal pagi ini, Chelsea memulakan kempen ini yang disokong oleh Holocaust Educational Trust, Jewish Museum London, Community Security Trust, Kick It Out, World Jewish Congress dan Anne Frank House.

Menurut kenyataan kelab mereka, ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bahawa orang Yahudi perlu berlasa selesa dan selamat untuk menyaksikan bola sepak.

Mereka sudah memuat naik video ‘Say No To Antisemitism’ di Twitter mereka sebagai sebahagian daripada program hari perlawanan pada hari ini.

Beberapa banner juga sudah sedia untuk dikibarkan dan akan dipaparkan di skrin besar di dalam stadium. Antonio Conte berkata:

“Malam ini, kelab akan melancarkan kempen kesedaran tentang keburukan antisemitism dalam bola sepak. Ini isu serius, bukan sahaja dalam sukan, tetapi dalam masyarakat.”

“Sangat penting untuk menolak segala jenis diskriminasi dalam bola sepak. Bola sepak disukai oleh semua orang daripada pelbagai latar belakang dan kami sentiasa berbesar hati mengalu-alukan semua orang ke Chelsea.”

Mereka juga akan mengalu-alukan seorang survival Holocaust, Harry Spiro untuk berkongsi pengalaman beliau.

Lawan mereka, Bournemouth juga menyokong kempen ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN