Chelsea Tangkap 11 Ulat Tiket, Seorang Dipenjara

Chelsea telah mengambil tindakan perundangan ke atas 11 ulat tiket yang melakukan kegiatan itu di sekitar Stamford Bridge. Salah seorang daripada mereka sudah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan.

Ulat-ulat tiket ini beroperasi di sekitar Stamford Bridge dan aktif mencari mangsa pada hari perlawanan.

Mahkamah tinggi London telah memberikan arahan bahawa sebarang urusan jual beli tiket haram di Stamford Bridge dan sekitarnya adalah menyalahi undang-undang. Ulat tiket juga dilarang sama sekali berkeliaran di sekitar stadium.

Sebarang salah laku yang melanggar perintah mahkamah ini akan membuatkan pesalah berhadapan dengan hukuman berat, termasuk penjara. Salah seorang daripada mereka sudah diarahkan menjalani hukuman penjara. Dan 10 yang lain masih dibicarakan.

Kesemua mereka diarahkan membayar kerugian dan kerosakan yang dihadapi Chelsea, bernilai £170,000.00. Kesalahan ini bukan sahaja menipu dan menjual tiket secara haram malam membuatkan imej kelab itu tercalar.

Penangkapan 11 mereka ini adalah salah satu kejayaan daripada langkah proaktif oleh Chelsea dalam membanteras gejala ulat tiket.

Chelsea telah melancarkan talian khas kepada para penyokong ataupun orang awam yang ada maklumat tentang gejala tersebut. Mereka boleh menghantar aduan ke [email protected]

Chelsea sudah melaungkan komitmen dan langkah tegas mereka membenteras kegiatan yang dianggap memberikan masalah kepada sosial.

Chelsea juga telah melantik beberapa pegawai mereka dalam membantu para penyokong di luar stadium agar tidak menjadi mangsa ulat-ulat tiket ini. Ini termasuk memasang lebih banyak papan tanda amaran agar para penyokong berwaspada dengan ulat tiket.

Chelsea memberikan amaran keras kepada pemegang tiket bermusim agar tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini.

Chelsea komited bekerjasama dengan pihak polis dan juga penguatkuasa tempatan. Chelsea juga berjanji tidak akan berkompromi dengan perkara ini kerana mereka mahu menjaga keselamatan dan keselesaan para penyokong yang berkunjung ke Stamford Bridge.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN