Chelsea Tandatangani Robert Green Secara Percuma

Perpindahan

Bekas pemain England dan West Ham United, Robert Green menyertai Chelsea secara percuma.

Beliau sebelum ini telah dilepaskan oleh Huddersfield Town.

Berpengalaman

Robert Green memulakan aksi sebagai penjaga gol bersama Norwich City sejak 1999 sehingga 2006. Kemudiannya, beliau berhijrah ke West Ham.

Beliau menjadi penjaga gol di kelab London itu sehingga 2012. Queens Park Rangers pula menjadi kelab London kedua disertainya dan kekal di situ sehingga 2016.

(Photo by Hamish Blair/Getty Images)

Julai 2016 beliau berkelana ke Leeds United dan sempat beraksi hanya semusim bersama kelab Yorkshire itu. Tetapi, beliau menamatkan kontrak di kelab itu dan berhijrah ke Huddersfield Town, salah satu seteru setempat Leeds.

Sayangnya, Robert tidak pernah beraksi walaupun satu perlawanan kompetitif semasa di Huddersfield.

Karier antarabangsa

Robert Green pernah menyarung jersi skuad England semasa Piala Dunia 2010. Beliau merupakan penjaga gol sewaktu England seri 1-1 ketika menentang Amerika Syarikat.

Pada ketika itu, kedua-dua pasukan beraksi dalam perlawanan pembukaan bagi Kumpulan C. Namun, setelah perlawanan yang dianggap kejutan bagi England semasa kejohanan itu, Robert Green tidak dimasukkan untuk baki dua perlawanan seterusnya.

RUSTENBURG, SOUTH AFRICA – JUNE 12: Robert Green of England misjudges the ball and lets in a goal during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group C match between England and USA at the Royal Bafokeng Stadium on June 12, 2010 in Rustenburg, South Africa. (Photo by Martin Rose/Getty Images)

Penampilan sulung antarabangsa Robert Green pada 2005 ialah ketika perlawanan persahabatan antara England menentang Colombia. Tetapi, beliau telah menarik diri daripada skuad Piala Dunia 2006 England kerana kecederaan selepas itu.

Robert Green merupakan salah seorang pemain Norwich yang memenangi EFL Championship pada 2004. Pada waktu itu, syarikat automotif Malaysia, Proton menjadi penaja utama kelab tersebut.

Kontrak setahun

Beliau telah diberikan kontrak setahun di Stamford Bridge. Chelsea merupakan kelab London ketiga yang disertai beliau.

Robert Green menyatakan beliau tidak sabar memulakan aksi untuk Chelsea. Beliau juga berasa gembira kerana menyarung jersi kelab terkenal itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN