Chelsea Serap Billy Gilmour Ke Skuad Utama

Chelsea telah mengesahkan pemain remaja, Billy Gilmour telah dipromosi ke skuad utama selepas mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini.

Sebelum ini pemain berusia 18 tahun itu telah berjaya meyakinkan pengurus, Frank Lampard untuk membawanya dalam beberapa perlawanan utama dan kali terakhir adalah ketika menentang Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal bulan ini.

Sekalipun ianya satu perkembangan yang baik buat Gilmour, tetapi kini beliau perlu berusaha keras untuk bersaing dengan pemain-pemain senior bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saat yang menakjubakan dan saya sangat gembira. Saya telah dipanggil ketika pasukan ini bertandang ke Leicester tempoh hari. Apabila saya masuk ke bilik persalinan skuad utama, ianya ibarat mimpi menjadi kenyataan,” kata Gilmour kepada Sky Sports.

Sebelum ini Lampard tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila pihak pengurusan kelab gagal membawa masuk sebarang pemain semasa tempoh perpindahan pada Januari lepas. Beliau percaya Chelsea kini merupakan pasukan bukan pilihan untuk mengakhiri kempen di kedudukan empat teratas.

Bekas pemain tengah England itu bagaimanapun bertindak dengan mendapatkan GIlmour daripada akademi kelab selepas kepercayaannya kepada beberapa pemain muda sebelum ini telah memberikan hasil yang baik kepada pasukan.

“Apabila mendapat kepercayaan oleh pengurus, ia memberi keyakinan yang tinggi kepada saya apabila melangkah masuk ke dalam padang,” kata Gilmour lagi.

“Tentulah saya gembira apabila dia [Lampard] yakin dengan cara permainan saya dan saya rasa semua pemain di sini merasakan benda yang sama. Umur bukan satu isu selagi mana kamu bekerja keras dan beraksi dengan baik, kamu akan mendapat peluang.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam sesi latihan setiap hari.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN