Alvaro Morata yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan Manchester United diberitakan bakal berhijrah ke pasukan juara Liga Perdana Inggeris 2016/2017, Chelsea.
Persetujuan telah dicapai oleh wakil Real Madrid dan Chelsea bagi membawa pemain berusia 24 tahun itu ke London.
Perpindahan ini hanya tinggal fasa bagi mendapatkan persetujuan peribadi dan juga melengkapkan ujian kesihatan yang akan dijalankan keatas beliau.
Andai segalanya berjalan lancar, perpindahan ini dianggarkan bernilai £71 juta sekaligus memecah rekod perpindahan tertinggi kelab yang dicatatkan ketika merekrut Fernando Torres dari Liverpool dengan nilai £50 juta pada tahun 2011.
Kedua-dua kelab juga sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan perpindahan ini di laman sesawang kelab masing-masing yang berbunyi :
Morata yang kini sedang menyertai latihan pra-musim pasukan Real Madrid di Amerika Syarikat akan terbang ke London bagi menyelesaikan perpindahan ini.
Berita terbaru ini bakal menamatkan pencarian penyerang berprofil tinggi buat Antonio Conte selepas usaha untuk membawa kembali Romelu Lukaku ke Chelsea digagalkan oleh Jose Mourinho di Manchester United.
Morata yang sebelum ini hampir menyertai Manchester United terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana United tidak mahu memenuhi tuntutan harga yang diletakkan Real Madrid.
Sumber
Metro UK (2017) – http://metro.co.uk/2017/07/19/chelsea-agree-fee-with-real-madrid-to-sign-alvaro-morata-6791871/