Chelsea Sekali Lagi Tolak Tawaran €25 Juta Bayern Munich Untuk Callum Hudson-Odoi

Hudson-Odoi

Bayern Munich masih belum menamatkan usaha mereka untuk memikat Callum Hudson-Odoi dari Chelsea.

Terbaru, kelab gergasi Jerman itu melancarkan bidaan €25 juta – sekali lagi – untuk mendapatkan pemain muda Chelsea itu. Namun ianya dilaporkan telah ditolak oleh Chelsea – sekali lagi.

Berita tentang minat Bayern ke atas Odoi ini kelihatan agak reda selepas pemain itu cedera beberapa bulan lalu. Dan kini, Bayern Munich kembali semula untuk menguji Hudson Odoi dan Chelsea.

Chelsea dikatakan masih berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain itu. Sebelum ini Hudson Odoi dilaporkan tidak berminat untuk melanjutkan kontrak di Chelsea.

Namun selepas pemergian Eden Hazard, Chelsea dikatakan menawarkan Odoi jaminan untuk bermain lebih banyak perlawanan pada musim akan datang.

Selepas itu Hudson Odoi telah mempertimbangkan semula kontrak lanjutan dengan Chelsea. Ketika itu, Bayern Munich mulai mengalihkan perhatian kepada Leroy Sane yang dilaporkan kecewa dengan kurangnya minit di Etihad.

Tetapi Man. City meletakkan tanda harga sekitar €100 juta untuk pemain itu. Uli Hoeness melabel harga itu sebagai melampau.

Kini Bayern kembali semula untuk mendapatkan Hudson Odoi yang merupakan sasaran utama mereka sebelum ini.

Kontrak Hudson Odoi di Chelsea masih belum dilanjutkan kerana pemain itu sudah memberitahu kelab beliau buat masa ini tidak mahu membincangkan soal kontrak ketika masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan.

Beliau juga masih mempertimbangkan isu minit perlawanan diberikan Chelsea selepas beliau kembali semula daripda kecederaan.

Kontrak semasa Callum Hudson-Odoi akan tamat pada Jun 2020. Ini bermakna dalam masa 6 bulan lagi beliau akan menjadi ejen bebas. Chelsea masih optimis pemain itu akan menerima tawaran kontrak baharu berdurasi 5 tahun.

Mereka juga menjangkakan Frank Lampard (yang bakal dilantik sebagai pengurus) akan memberikan Hudson-Odoi lebih banyak aksi musim akan datang.

Chelsea sedaya upaya mahu mengekalkan pemain seperti Callum Hudson-Odoi yang berkualiti. Lebih-lebih lagi mereka masih digantung daripada membeli pemain dalam jendela perpindahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN