Chelsea Sasar Kedudukan Empat Terbaik Liga Perdana Inggeris

Selepas 13 perlawanan, juara bertahan, Manchester City terus unggul di persada di Liga Perdana Inggeris dengan 35 mata tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Menyedari kedudukan City itu sukar untuk digugat, pemain tengah Chelsea, Eden Hazard menegaskan pasukannya hanya berminat untuk kekal di kelompok empat terbaik liga musim ini, dan tidak bersungguh-sungguh mengejar gelaran kejuaraan.

kuad berpangkalan di Stamford Bridge itu kini masih meratapi kekalahan pertama mereka di Liga Perdana Inggeris apabila tunduk kepada Tottenham, Sabtu lalu.

Mereka kini di tangga keempat carta liga, tujuh mata ketinggalan di belakang pendahulu, Manchester City dan Hazard akur, skuad juara bertahan itu lebih baik berbanding pasukannya.

“Kami memikirkan untuk menamatkan musim di kelompok empat teratas, bukannya menjadi juara. Kami tahu, City bukanlah terlalu bagus berbanding Chelsea, tetapi kini mereka berada pada kedudukan lebih baik,” kata Hazard seperti dilaporkan Chelsea News.

“Bahagian mana yang menunjukkan City lebih bagus?. Banyak perkara, penguasaan bola, apabila mereka ada peluang, mereka akan menjaringkan gol. Mungkin pertahanan mereka lebih baik, mereka ada pemain ternama.

“Adalah penting untuk kekal konsisten, menang perlawanan dan terus menang?. Ya, sudah tentu. Mereka berada pada momentum yang baik sejak musim lalu dan kami perlu kembali kepada situasi seperti itu.

Chelsea ada masalah untuk mengekalkan prestasi yang konsisten

Prestasi Chelsea kini mula menjadi perbualan selepas hanya menang dua daripada enam perlawanan terakhir.

Namun, Hazard melihat pertembungan di Liga Europa menentang POAK Salonika dan aksi liga menentang Fulham sebagai peluang terbaik untuk kembali meraih prestasi hebat mereka.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1066104673311105025

“Ia akan menjadi hari yang cukup mengecewakan. Semua serba tidak menjadi menentang Spurs. Berdepan Tottenham sentiasa menjadi sukar, apatah lagi selepas ketinggalan dua gol.

“Kami cuba bangkit tetapi tidak memadai. Ia hanya yang malang, kami perlu terus melangkah dan cuba untuk bangkit.

“Apabila kalah sekali, anda pasti tidak mahu kalah sekali lagi. Kami perlu menang dan kami perlu beraksi lebih baik dan kembali meraih kemenangan,’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN