Chelsea Sah Bakal Jadi Milik Konsortium Dari Amerika Syarikat

Chelsea telah mencapai persetujuan untuk penjualan kelab itu dengan nilai £4.25 billion kepada konsortium dari Amerika Syarikat yang diketuai oleh Todd Boehly.

Todd Boehly bukan nama asing di dalam industri sukan di Amerika Syarikat, dan merupakan pemilik bersama kelab bola lisut, LA Dodgers.

Sebelum ini Roman Abramovich menyatakan kesudian beliau menjual kelab London itu setelah dirinya terpalit dengan kontroversi melibatkan perang Rusia-Ukraine.

Pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine dikutuk di seluruh dunia dan hubungan Abramovich bersama Vladimir Putin turut menjadi perhatian kerajaan UK.

Nilai jualan

Satu kenyataan kelab berkata pemilik baharu akan membayar £2.5 billion untuk saham syarikat.

Hasilnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang dibekukan dan akan digunakan khusus untuk tujuan amal.

Konsortium yang diketuai oleh Boehly dan Mark Walter daripada Clearlake Capital – syarikat kewangan khusus untuk pemilikan ekuiti – turut terdiri daripada jutawan Switzerland, Hansjoerg Wyss.

Nama-nama lain yang turut memperkuatkan konsortium tersebut adalah Eksekutif American PR Barbara Charone; usahawan Britain, Jonathan Goldstein; dan wartawan Britain, Daniel Finkelstein.

Wyss dilaporkan akan menyediakan baki £1.75 billion daripada nilai bidaan Chelsea yang akan disalurkan terus kepada kelab.

Ia akan digunakan terus untuk tujuan pelaburan termasuk untuk pengubahsuaian Stamford Bridge, akademi, pembangunan skuad wanita dan perbelanjaan Yayasan Chelsea.

Tempoh pengambilalihan

Di dalam kenyataan yang sama Chelsea juga berkata pengambilalihan oleh pemilik baharu akan dilengkapkan pada penghujung Mei.

Ia terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dan kelulusan Premier League dan kerajaan UK – kerana melibatkan isu diplomatik.

Buat masa ini kelab tersebut beroperasi menggunakan lesen khas yang diberikan oleh Kerajaan UK. Lesen tersebut bagaimana pun akan tamat pada 31 Mei.

Kegagalan kelab mendapatkan pemilik baharu menjelang tarikh tersebut akan menyebabkan kelab berhadapan risiko muflis dan kelab Chelsea akan disingkirkan dari Premier League.

Pengumuman terbaru daripada Chelsea ini pasti melegakan semua pihak dan pemegang taruh di kelab London itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN