Dituduh Langgar Peraturan Perpindahan Pemain Muda, Chelsea Mungkin Dihukum FIFA

Kelab Premier League, Chelsea berhadapan dengan pontensi mengalami sekatan perpindahan (transfer ban) oleh pihak FIFA diatas kesalahan melibatkan perpindahan pemain.

Hal ini kerana, Chelsea didakwa telah melanggar peraturan selepas dikatakan telah menandatangani 25 pemain asing bawah umur iaitu berumur bawah 18 tahun.

Kes yang pertama kali melibatkan kelab dari England itu telah dibuka kertas siasatannya oleh pihak FIFA pada bulan September tahun lalu.

Situasi kes ini menjadi ketara apabila melibatkan pemain penyerang iaitu Bertrand Traore yang menyertai Chelsea pada 2014 pada usia 18 tahun.

Perpindahan tersebut menjadi persoalan pihak FIFA selepas bocornya gambar melibatkan pemain tersebut beraksi untuk pasukan Chelsea ketika menentang Arsenal dalam sebuah perlawanan bukan kompetitif pada tahun 2011 – ketika itu Traore berusia 16 tahun.

Betrand Traore (kanan) yang merupakan bekas pemain Chelsea kini beraksi untuk Olympique Lyonnais. Gambar: Goal

Menurut peraturan Artikel 19 FIFA, mana-mana pasukan tidak dibenarkan untuk menandantangani pemain bawah umur yang berasal dari negara lain melainkan ibu bapanya berhijrah ke Eropah atas sebab bukan kerana bola sepak mahupun pasukan tersebut berpengkalan 50 kilometer dari sempadan negara.

Akan tetapi, terdapat pengecualian diberikan sekiranya perpindahan tersebut berlaku diantara negara Kesatuan Eropah (EU) atau European Economic Area pada usia 16 hingga 18.

Sekiranya Chelsea didapati bersalah dalam hal ini, mereka bakal menghadapi hukuman disekat daripada melakukan sebarang perpindahan.

Sebelum ini, 3 kelab utama La Liga iaitu Real Madrid, Barcelona dan juga Atletico Madrid telah mengalami nasib yang sama apabila dihukum sekatan perpindahan oleh FIFA atas kesalahan yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN