Chelsea Dan Morata Minta Penyokong Berhenti Nyanyi ‘Chant’ Anti Semitik

Chelsea mengeluarkan kenyataan mengutuk ‘chant’ anti-semitik yang dinyanyikan oleh penyokong mereka di dalam perlawanan menentang Leicester semalam.

Morata meneruskan kecemerlangan beliau dengan menjaringkan 1 gol untuk membantu Chelsea menang 1-2 ke atas Leicester City. N’golo Kante turut menjaringkan gol berhadapan dengan kelab lama beliau.

Sekumpulan penyokong Chelsea menyanyikan chant tersebut untuk menyakitkan hati penyokong Tottenham Hotspur yang memiliki ramai penyokong Yahudi.

Lagu tersebut berbunyi:

“Alvaro, Alvaro. He comes from Madrid. He hates the f****** Yids,”

‘Yids’ (Rujukan: Tottenham Hotspur Support) adalah gelaran yang diangkat oleh penyokong Spurs sebagai solidariti mereka kepada rakan penyokong Yahudi mereka yang sering diejek oleh penyokong Chelsea.

Ketua Perhubungan kelab Chelsea, Steve Atkins berkata:

“Kelab dan pemain menghargai penyokong dan semangat mereka menyokong kami di tempat lawan. Tetapi, bahasa yang digunakan di alam lagu tersebut tidak boleh diterima sama sekali.”

“Kami sudah bercakap dengan Alvaro selepas perlawanan itu dan dia pun tidak mahu dikaitkan dengan lagu tersebut. Jadi, pihak kelab dan pemain (Morata) meminta agar penyokong menghentikan nyanyian tersebut berkuat kuasa segera.”

Morata di dalam tweet beliau berkata:

“Sejak saya tiba di sini, saya dapat merasakan sokongan anda setiap hari, anda semua hebat dan saya meminta untuk anda menghormati semua orang!”

Pertubuhan Kick It Out menyatakan sokongan mereka kepada tindakan Chelsea dan Morata tersebut. Mereka menyelar tindakan penyokong Chelsea yang menyanyikan lagu tersebut di King Power Stadium

Sumber

1. BBC – http://www.bbc.com/sport/football/41216477

2. Goal – http://www.goal.com/en/news/chelsea-call-for-end-to-antisemitic-morata-chant/12ftknbdyzxgl11x5mrom5s8fv

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN