Chelsea Kalah Sebab Kurang Mentaliti Kemenangan Dan Bodoh, Kata Rudiger

Kita biasa melihat Antonio Rudiger pemain yang pendiam dan bercakap lembut. Namun selepas kekalahan di tangan Leicester semalam, beliau tidak dapat menahan rasa marahnya kepada diri sendiri dan rakan-rakannya.

Chelsea tewas 1-0 hasil jaringan tunggal Jamie Vardy. Chelsea menguasai sebahagian besar perlawanan namun tidak cukup tajam di hadapan gol.

Rudiger boleh dikatakan beraksi baik dalam perlawanan ini, namun tetap menganggap mereka bermain bodoh yang menyebabkan mereka kalah.

Rudiger juga menyatakan jika gagal menewaskan pasukan seperti Leicester, jangan mimpi untuk menjulang kejuaraan liga.

Beliau berkata: “Ianya malapetaka. Kami tidak mahu bercapak pasal kejuaraan liga lagi. Jika kami tak mampu menang perlawanan seperti ini, bermaksud kami tak mampu bersaing.”

“Buat masa ini kami akan bercakap tentang 4 teratas sahaja.”

Ditanya adakah beliau setuju bahawa Chelsea kalah kerana kurang bernasib baik, Rudiger berkata: “Mungkin kami kurang mentaliti [kemenangan]. Tidak cukup klinikal…”

“.. [dan] bodoh.”

Maurizio Sarri juga berpendapat pasukannya harus beraksi lebih baik. Sarri berkata: “Kami bermain baik 55 minit. Saya pun fikir ada beberapa situasi kita tidak bernasib baik, namun saya rasa kami harus melaksanakan tugas dengan lebih baik.”

“Selepas dibolosi, reaksi kami tidak cukup betul. Kami menunjukkan rasa sedikit terkejut dan ada kekeliruan mental. Kami sepatutnya terus bermain seperti mana kami bermain sebelum gol itu, masih banyak masa untuk bangkit.”

Kekalahan Chelsea di Stamford Bridge membuatkan mereka 11 mata di belakang Liverpool dan gagal memintas Spurs yang akan turun beraksi pada hari ini. Chelsea akan berhadapan dengan Watford pada boxing day dan kemudiannya menentang Crystal Palace.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN