Jaringan Tunggal Batshuayi Bantu Chelsea Juara EPL 2016/17

Tahniah Chelsea di atas kejayaan menjuarai EPL 2016/17. Dalam perlawanan awal pagi tadi, 23 cubaan gol dicatatkan namun hanya 1 gol yang berjaya dijaringkan.

Tidak mengapa, kerana 3 mata itu yang paling penting untuk membawa kejuaraan EPL kembali ke Stamford Bridge. Ia adalah kejuaraan liga ke-6 dalam sejarah kelab Chelsea.

Chelsea terpaksa menunggu sehingga minit ke-82 apabila pemain simpanan mereka Mitchy Batshuayi menjaringkan gol kejuaraan EPL 2016/17.

Batshuayi, penyerang generasi emas Belgium yang dibeli dengan harga £33 juta. Beliau muncul 18 kali musim ini untuk Chelsea, kesemuanya dari bangku simpanan.

Purata minit beliau beraksi adalah 6.5 minit. Ini adalah jaringan kedua beliau musim ini. Dan ia adalah jaringan penting.

Antonio Conte memberikan impak segera di dalam karier beliau di EPL. Beliau menjadi pengurus ke-4 memenangi EPL dalam musim pertama.

Sebelum ini 3 pengurus telah melakukannya iaitu, Mourinho (2004/05), Ancelotti (2009/10), dan Manuel Pellegrini (2013/14).

Conte turut berjaya menjuarai liga ke-4 dalam sejarah beliau. 3 Serie A dan 1 EPL.

Cesc Fabregas terlepas cakap di Sky Sports berkata:

“Football F***ing Unbelievable”

David Luiz menganggap ini ibarat mimpi menjadi kenyataan. Beliau menjuarai EPL pertama beliau bersama Chelsea pada kepulangan kedua beliau.

Agak ironi apabila musuh Conte di Itali iaitu Walter Mazzari akan memberikan guard of honor kepada Chelsea selepas ini.

Kami mengucapkan tahniah kepada Chelsea terutama sekali kepada penyokong-penyokong The Blues yang mengikuti kami di semuanyaBOLA. Nikmatilah hari indah!

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Chelsea Terlalu Hampir Untuk Juara EPL 2016/17

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN