Di UK sedang panas rumors mengaitkan Sergio Kun Aguero sedang diintai oleh Chelsea dan Inter Milan.
Penyerang Argentina itu dikatakan tidak lagi menjadi pilihan utama di Etihad selepas kehadian Gabriel Jesus.
ESPN melaporkan, Antonio Conte sedia membida pemain itu dengan nilai £75 juta.
Sergio Aguero sebelum ini terlibat dalam insiden menerjah David Luiz.
Chelsea dikatakan cuba mencari pengganti Diego Costa yang mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge pad akhir musim ini.
Sebelum ini Diego Costa dilaporkan minta dilepaskan ke China, namun dihalang oleh Conte.
Costa kemudian bersetuju untuk kekal komited di Stamford Bridge sehingga akhir musim ini.
Diego Costa tidak ada jaminan beliau akan kekal di Chelsea pada musim hadapan,
Aguero adalah penyerang yang konsisten di EPL dan sudah terlalu pakar dengan cara permainan di EPL.
Ia antara kelebihan yang sangat diperlukan oleh Antonio Conter.
Namun begitu, Chlelsea dijangka akan disaingi oleh Inter Milan.
Pemilik baru Inter Milan, Suning Group dikatakan akan memberikan dana perpindahan yang besar kepada Stefano Pioli.
Dengan syarat jurulatih tersebut membawa Inter Milan ke UCL pada musim hadapan.
Lebih menarik pemain Argentina itu ditawarkan gaji £300,000 seminggu oleh Inter Milan.
Ia satu jumlah yang sukar untuk ditolak.
Manchester City mungkin lebih melihat potensi pemain ini dijual kepada kelab luar England.
Ini kerana Chelsea adalah pesaing mereka pada musim hadapan.
Pep Guardiola kembali dikaitkan engan Pierre-Emerick Aubameyang untuk menggantikan Sergio Kun Aguero.
Guardiola memang sudah lama meminati Aubameyang yang dikatakan beliau sebagai pelengkap kepada sistem beliau.
Baca juga: Selepas 5 Tahun, Bandar Bergolak Aleppo Kembali Bermain Bola Sepak!