Chelsea Dan Barcelona Sama Hebat, Terikat 1-1 Di Stamford Bridge

Chelsea

Chelsea dan Barcelona terpaksa berpuas hati dengan keputusan terikat 1-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Chelsea kelihatan lebih berbahaya pada babak pertama selepas dua percubaan daripada pemain antarabangsa Brazil, Willian dari luar kotak penalti hanya singgah di tiang gol Barcelona yang dikawal Marc-Andre ter Stegen.

Barcelona juga beberapa kali mengasak ke kubu tuan rumah, namun usaha pada babak pertama oleh skuad bimbingan Ernesto Valverde itu masih belum cukup untuk merobek gawang Chelsea.

Thibaut Courtois bertindak cemerlang pada minit ke-55 setelah penjaga gol Belgium itu menafikan percubaan dilancarkan Luis Suarez yang berjaya melepasi kawalan dari Victor Moses dan Cesar Azpilicueta.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Willian of Chelsea celebrates after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images,)

Setelah dua kali percubaannya digagalkan oleh tiang gol, usaha Willian akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan rendah dari luar kotak penalti berjaya disempurnakan pada minit ke-62 untuk jaringan pendahuluan perlawanan sekaligus menggamatkan Stamford Bridge buat seketika.

Chelsea harus menyalahkan diri sendiri akibat kealpaan barisan pertahanan yang melakukan kesilapan hantaran di hadapan pintu gol sendiri.

Hantaran yang dilakukan Andreas Christensen berjaya disambar Andres Iniesta lalu pemain tengah itu melorongkan bola buat Lionel Messi bagi meledakkan jaringan penyamaan buat Barcelona pada minit ke-75.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Lionel Messi of Barcelona celebrates with teammate Andres Iniesta after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Jaringan daripada bintang Argentina ini adalah yang pertama dalam sembilan penampilan terakhir Messi ketika menentang Chelsea.

Kedudukan 1-1 tersebut kekal hingga tamat permainan dan perlawanan kedua akan berlangsung di Nou Camp pada 15 Mac nanti.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN