Chelsea Dan Arsenal Berkongsi Mata, David Luiz Kad Merah!

Pertarungan di antara Chelsea dan Arsenal pastinya menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak di dunia.

Seperti yang dijangka, perlawanan yang rancak disajikan. Arsenal ternyata tampil dengan karakter sangat baik dalam perlawanan ini selepas rekod buruk mereka di tempat lawan terutama sekali berhapdan dengan 6 pasukan besar.

Arsenal melakukan 7 percubaan gol pada separuh masa pertama berbanding dengan hanya 3 dilakukan oleh Chelsea. Penjaga gol kedua-dua pasukan juga cemerlang menafikan cubaan pemain lawan.

Arsenal mendapat peluang keemasan menerusi Aaron Ramsey yang melakukan cubaan terkena tiang gol.

Tidak lama selepas itu, Pedro melepasi pertahanan Arsenal dan 1 lawan 1 dengan Cech, tetapi bekas penjaga gol Chelsea itu cemerlang menafikan cubaan Pedro.

Beberapa cubaan gol dilakukan kedua-dua pasukan namun masih gagal menjaringkan gol.

Pada minit ke-76, pertahanan Chelsea bijak memerangkan Mustafi. Pertahanan Arsenal tersebut meraikan gol tetapi ia jelas dalam keadaan ofsaid.

Pada minit ke-87, David Luiz dilayangkan kad merah selepas bentesan ke arah Kolansinac. Luiz yang ditekan oleh Sanchez melihat Kolasinac datang dari hadapan.

Ia bentesan yang berimpak tinggi. Ia adalah kad merah terus (straight red) dan bukannya kad kuning ke-2. Sebelum itu Luiz dilayangkan kad kuning.

Arsenal hanya ada masa yang sedikit untuk menggunakan kelebihan seorang pemain mereka. Chelsea bertahan baik dan melancarkan serangan juga ke arah kubu Arsenal.

Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. Chelsea pertama kali gagal menjaringkan gol di Stamford Bridge di bawah kendalian Conte.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN