Adakah anda sedang mencari aturan untuk taktikal 3-4-3 Chelsea dalam FM17 (Football Manager 17). Ini adalah aturan yang anda boleh cuba berdasarkan cadangan oleh penulis squawka.
Formasi
Pembentukan 3-4-3 dengan bek sayap membekalkan lebar pasukan (width). Di tengah ada 2 pemain yang rajin. Di hadapan ada pemain sayap songsang (inside forward) yang berusaha untuk masuk ke dalam kawasan half-space dengan segera.
Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya seorang bek tengah yang boleh memegang bola (ball playing). Pemain ini yang akan mencetuskan gerakan dari blok paling rendah.
Pemain ball playing defender ini juga diberikan lesen untuk terlibat dalam serangan dengan begerak ke hadapan.
Ini adalah contoh formasi Chelsea dalam FM17.
Formasi ini membolehkan anda untuk mengubah jarak hantaran dengan segera. Tidak ada keperluan untuk terlalu bermain hantaran pendek apabila pasukan anda ada pemain di atas yang laju untuk mengejar bola.
Jika pasukan anda sedang ketinggalan. Anda boleh arahkan inside forward dan wingback untuk aktif menyerang. Arahkan pemain tengah anda ataupun deep lying playmaker untuk bermain peranan yang roaming.
Sebaliknya, jika anda mahu bertahan. Anda ada pilihan untuk mengarahkan bek sayap dan pemain tengah anda menjadi defensif.
Jika anda mahu lebih defensif, anda boleh meletakkan pemain tengah pertahanan ataupun DLP anda berada benar-benar di hadapan bek bertiga.
Ini adalah cadangan untuk arahan pasukan (team instructions) dalam 3-4-3.
[table]
Pemain,Peranan,
Thibaut Courtois,Sweeper-Keeper (defending),
Cesar Azpilicueta,Ball-playing defender (Cover),
David Luiz,Ball-playing defender (Stopper),
Gary Cahill,Defensive centre-back (Defend)
Victor Moses/Marcos Alonso,Wing-back (Support)
N’Golo Kante,Box-to-box midfielder (Support)
Pedro/Eden Hazard,Inside forward (Support/Attack)
Diego Costa,Deep-lying forward (Attack)
[/table]
Nota tambahan
Anda perlu memberikan latihan kepada Cesar Azpilicueta untuk menjadi pemain pertahanan yang lebih kental. Meletakkan aturan Cover kepada Azpilicueta akan membolehkan Luiz lebih bebas untuk menyerang.
Peranan David Luiz (Ball Playing Defender – Stopper) adalah sama seperti bek tengah biasa. Namun terdapat tambahan elemen hantaran, visi dan ketenangan. Ia juga peranan yang ada risikonya yang tersendiri.
Gary Cahill yang bermain Defensive centre-back (Defend) akan menjadi bek tengah klasik yang sangat direct dan no nonsense defending.
Victor Moses dan Marcos Alonso antara pemain paling penting dalam sistem ini. Mereka bermain sistem Wing-back (Support) ini membolehkan mereka sentiasa aktif untuk menyerang dan bertahan.
Di tengah N’Golo Kante – Box-to-box midfielder (Support) dan Nemanja Matic – Deep-lying playmaker (Support) akan meberikan variasi luar biasa di tengah.
Kante akan fokus kepada memenangi bola dengan mobiliti. Matic pula boleh membantu dalam aspek menyerang dengan hantaran yang sangat baik.
Meletakkan peranan Pedro / Eden Hazard – Inside (Sokongan / Attack) akan membantu memberikan ancaman menerusi gerakan dan juga hantaran. Mereka juga akan memberikan lesen kepada bek sayap untuk terlibat di bahagian serangan.
Diego Costa bermain Deep-Lying forward (Attack) untuk mengurangkan mereka daripada diasingkan oleh pertahanan lawan dari organisasi.
Peranan ini akan memberikan variasi kepada corak serangan di samping lebih efektif mengelakkan perangkap ofsaid.
Itulah tips taktikal Chelsea dalam FM17 yang dikongsikan oleh Squawka. Kami berharap anda boleh mencuba aturan ini dan berkongsi apa keputusannya dengan kami selepas ini.
Baca juga: Pemain Football Manager Ini Terbang 3 Ribu Batu Untuk Tonton Pasukannya Beraksi ‘Live’