Chelsea Bakal Berdepan Hukuman Penggantungan

Kelab Liga Perdana Inggeris yang berpengkalan di London, Chelsea bakal berdepan tindakan penggantungan daripada melakukan sebarang perpindahan pemain selama dua tahun setengah susulan siasatan yang dilakukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ia berhubung tindakan kelab itu menandatangani pemain luar negara bawah 18 tahun termasuk bekas penyerang, Bertrand Traore.

Mengikut dokumen daripada Football Leaks, laman web Perancis, Mediapart mendakwa 19 pemain yang ditandatangani Chelsea sedang disiasat sejak tiga tahun lalu.

Mediapart mendakwa 14 daripada pemain itu ditandatangani di bawah usia 18 tahun.

FIFA sedang melakukan siasatan penuh

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Chelsea berkata kelab itu memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan FIFA.

Kelab itu juga berkata mereka sudah memberikan bukti komprehensif bagi membuktikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan FIFA.

Menurut Mediapart, Jawatantkuasa Integriti FIFA mengesyorkan agar Chelsea dikenakan hukuman penggantungan daripada urusan perpindahan dalam keempat-empat pintu perpindahan pemain selain denda 45,000 pound (RM241,000).

Dilaporkan, Chelsea mula disiasat sejak September 2017.

“Siasatan masih lagi berjalan, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat,” kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Integriti FIFA.

Pemain antarabangsa Burkino Faso, Traore yang kini beraksi bersama Lyon dalam saingan Ligue 1 menandatangani kontrak bersama Chelsea pada 2013 ketika usinya 18 tahun tetapi tidak didaftarkan sehingga Januari 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN