Chelsea Terima Bidaan £10 Juta Dari Bournemouth Untuk Asmir Begovic

Chelsea menerima bidaan £10 juta dari Bournemouth untuk penjaga gol kedua mereka Asmir Begovic.

Kini tinggal untuk pemain antarabangsa Bosnia & Herzegovina tersebut untuk berbincang terma peribadi dengan juara Inggeris tersebut.

Bournemouth dilaporkan dalam proses untuk menyediakan kertas kontrak dan juga prosedur akhir untuk mengesahkan perjanjian tersebut.

Selepas segalanya selesai, barulah Asmir Begovic akan diperkenalkan kepada media secara rasmi dalam masa terdekat.

Asmir Begovic menyertai Chelsea dari Stoke City pada 2015 dengan kontrak 4 tahun dengan harga £8 juta. Ianya selepas beliau membuat 173 penampilan untuk Stoke City.

Beliau menjadi antara penjaga gol terbaik di EPL pada musim 2014/15. Banyak kelab besar yang mahukan khidmat beliau.

Selepas menyertai The Blues, beliau hanya melakukan 33 penampilan untuk The Blues. Menjadi penjaga gol kedua di belakang Petr Cech dan kemudiannya Courtois.

Musim ini Begovic bermain 2 kali untuk Chelsea dalam EPL. Begovic pernah bermain untuk Bournemouth pada 2007. Beliau muncul dalam 8 penampilan untuk The Cherry.

Beliau memulakan karier dengan akademi Portsmouth pada usia 16 tahun. Melakukan debut pada musim 2008/09 untuk Portsmouth. Beliau bermain 15 perlawanan untuk Pompey, namun tersingkir pada akhir musim 2009/10.

Eddie Howe juga mengesahkan Arthur Boruc kekal di kelab tersebut. Jadi, 2 penjaga gol ini akan bersaing untuk menjadi no.1.

Boruc antara pemain terbaik Eddie Howe pada musim ini meskipun barisan pertahanan Bournemouth agak bocor.

Berdasarkan harga yang dibayar oleh Bournemouth, nampak gayanya Asmir Begovic dalam ranking teratas untuk penjaga gol utama pasukan.

Kemaskini (31 Mei 2017, 8.15 pagi): AFC Bournemouth telah mengesahkan Asmir Begovic sebagai penjaga gol terbarunya dalam satu kenyataan media awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN