UEL: Chelsea Layak Ke Pusingan Kalah Mati, Kecederaan Welbeck Bayangi Langkah Arsenal

Arsenal layak ke pusingan 32 pasukan terbaik di pertandingan UEFA Europa League, namun langkah skuad bimbingan Unai Emery turut dibayangi kecederaan yang menimpa Danny Welbeck.

The Gunners diikat tanpa jaringan oleh Sporting Lisbon dari Portugal di Stadium Emirates, namun keputusan itu sudah memadai untuk memastikan mereka bersama-sama Chelsea melangkah ke pusingan seterusnya.

Arsenal’s Danny Welbeck reacts in pain during the UEFA Europa League, Group E match at the Emirates Stadium, London. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

Sporting menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila bekas pemain pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Pierre-Emerick Aubameyang yang berjaya meloloskan diri untuk berhadapan hanya dengan penjaga gol.

Welbeck terpaksa diusung keluar pada minit ke-25 perlawanan kerana mengalami kecederaan buku lali selepas perebutan bola tinggi.

. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Bekas penyerang Manchester United berusia 27 tahun itu menerima bantuan oksigen ketika berada di atas padang tatkala 10 pegawai perubatan cuba memberikan rawatan sebelum pemain itu dikeluarkan.

Beberapa pemain Arsenal turut kelihatan terkesan dengan kecederaan yang menimpa rakan sepasukan mereka itu.

. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Sementara itu Maurizio Sarri melabel Olivier Giroud sebagai pemain yang amat penting, selepas pemain itu menjaringkan gol pertama beliau sejak Mei lalu untuk memastikan Chelsea turut melangkah ke pusingan setertusnya.

Gol tunggal oleh Giroud memastikan Chelsea menang 1-0 ke atas BATE Borisov di arena lawan.

Chelsea’s French striker Olivier Giroud celebrates after scoring a goal during the UEFA Europa League group L football match between FC BATE Borisov and Chelsea FC in Borisov outside Minsk on November 8, 2018. (Photo by Kirill KUDRYAVTSEV / AFP) (Photo credit should read KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Penyerang antarabangsa Perancis itu belum menemui sentuhan penyudah sejak ketibaan Sarri, menanduk masuk hantaran lintang Emerson di near post pada awal babak kedua perlawanan.

Kemenangan itu turut memastikan rekod 100% Chelsea di dalam Kumpulan L saingan UEFA Europa League setakat ini.

BARYSAW, ENGLAND – NOVEMBER 08: Olivier Giroud of Chelsea (18) celebrates after scoring his team’s first goal with team mates during the UEFA Europa League Group L match between FC BATE and Chelsea at Borisov-Arena on November 8, 2018 in Barysaw, Belarus. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Chelsea kini berada enam mata di hadapan MOL Vidi dari Hungary, yang berada di tangga kedua selepas menewaskan PAOK Salonika.

Ia perlawanan yang sukar buat Chelsea dalam stadium yang penuh, dan cuaca sejuk di Belarus. BATE yang baru dinobatkan sebagai juara Belarus turut mengawal perlawanan sejak dari wisel permulaan dengan serangan bertali arus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN