Quantcast

BERITA

Chelsea Mahu Hantar Penyokong Anti Yahudi Ke Kem Tahanan Nazi

Chelsea bercadang memperkenalkan kaedah baharu untuk menyelesaikan masalah perkauman, khususnya untuk golongan anti Yahudi di kalangan penyokong, dengan menghantar mereka ke kemĀ Auschwitz.

Kem Auschwitz ialah kem tahanan tentera Nazi, dan merupakan lambang kekejaman luar biasa yang pernah dilakukan oleh pemerintahan Nazi Jerman dalam Perang Dunia II.

OSWIECIM, POLAND – 2017/01/27: A general view of the Auschwitz Birkenau main gate in Oswiecim. (Photo by Omar Marques/SOPA Images/LightRocket via Getty Images)

Untuk itu Chelsea bercadang menganjurkan satu program khas untuk golongan penyokong tersebut.

Ia bagi menggantikannya dengan hukuman larangan menghadiri perlawanan seperti yang kebiasaan dilakukan untuk semua jenis salah laku membabitkan hal perkauman di kebanyakkan tempat.

Cadangan tersebut disokong sepenuhnya oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang juga merupakan seorang Yahudi.

(Photo credit should read NATALIA KOLESNIKOVA/AFP/Getty Images)

Pada September 2017, Chelsea secara terbuka membidas sebahagian penyokong mereka yang melaungkan sorakan anti Yahudi terhadap Tottenham Hotspur.

Idea di sebalik inisiatif tersebut ialah dengan memberi peluang kepada penyokong terlibat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke kem yang digunakan ketika Perang Dunia II di Poland itu.

Langkah itu dilihat sebagai alternatif untuk mengelakkan penyokong dilarang memiliki tiket perlawanan ke Stamford Bridge.

Pelaksanaan cadangan tersebut diharap mampu untuk menjadikan sikap penyokong menjadi lebih baik.

LONDON, ENGLAND – MARCH 05: Chelsea supporters roll out the flag prior to the Barclays Premier League match between Chelsea and Stoke City at Stamford Bridge on March 5, 2016 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Jika anda bertindak melarang penyokong dari menghadiri perlawanan, maka masalah ini tidak akan menjumpai penyelesaian,” ujar Pengerusi Chelsea, Bruce Buck seperti yang dilaporkan di dalam Telegraph.

“Polisi sebegini akan memberikan mereka lebih peluang untuk menyedari kesalahan yang telah mereka lakukan, dan menjadikan mereka bersikap lebih baik di masa hadapan.

“Jika dulu kita dengan mudah mengasingkan mereka dari penyokong lain dan melarang mereka menonton perlawanan sehingga tiga tahun.

“Sekarang kami akan berkata: ‘Anda melakukan perkara yang salah, dan kini mempunyai pilihan. Kami boleh melarang anda dari hadir ke stadium atau anda boleh meluangkan masa dengan pegawai kami untuk memahami kesalahan yang anda telah lakukan.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!