Selepas Terlepas Lukaku, Chelsea Alih Perhatian Untuk Dapatkan Morata

Chelsea sudah terlepas untuk mendapatkan Romelu Lukaku sebagai penyerang baharu mereka.

Hal ini kerana, bidaan yang dilakukan oleh Manchester United telah diterima oleh pasukan Everton dengan perpindahan sebanyak £75 juta.

Jadi, siapakah yang perlu menjadi buruan Chelsea?

Menurut sumber Sky Sports, Chelsea dikatakan mahu menumpukan tumpuan mereka dalam mencari penyerang baharu dengan mendapatkan penyerang Real Madrid – Alvaro Morata.

Morata yang sebelum ini merupakan sasaran Manchester United menjadi sasaran Antonio Conte dalam usaha mencari pengganti Diego Costa yang bukan lagi dalam perancangan pengurus itu.

Morata dikatakan bernilai £70 juta, sebuah nilai yang dijangka tiada masalah bagi kelab Premier League seperti Chelsea.

Walaupun begitu, pengurus Real Madrid iaitu Zinedine Zidane menzahirkan kemahuan beliau untuk menyaksikan penyerang itu terus kekal di Real Madrid.

Hal ini bukan perkara asing buat Zidane kerana beliau merupakan seorang pengurus yang gemar membangunkan bakat-bakat muda di dalam skuad Real Madridnya.

Morata sendiri secara terbuka mahukan perpindahan ke England, dengan beliau merasakan tiada jaminan untuknya beraksi sebagai kesebelasan utama.

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Chelsea move to sign Alvaro Morata from Real Madrid; http://www.skysports.com/football/news/11668/10943480/chelsea-move-to-sign-alvaro-morata-from-real-madrid?utm_source=t.co&utm_medium=referral&utm_source=t.co&utm_medium=referral

Leave a Reply