Antonio Conte kini memberikan perhatian untuk pemain bekas majikan lama beliau iaitu Alex Sandro. Alex Sandro adalah pemain bek sisi ofensif dan pada masa yang sama boleh beraksi dengan baik sebagai bek sayap.
Ia jelas menepati falsafah taktikal Antonio Conte. Chelsea dikatakan sanggup membayar £61 juta seperti yang diminta oleh Juventus. Dikatakan rundingan tentang hal tersebut sedang berjalan.
Jika ini berlaku, Alex Sandro bakal menjadi pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak. Ini sekaligus mengatasi rekod semasa yang turut dilakukan Chelsea ketika membeli semula David Luiz dari PSG.
Selain itu, Chelsea juga memecahkan rekod perpindahahan kelab tersebut yang sebelum ini dipegang oleh Fernando Torres dan David Luiz.
Chelsea membeli Torres dan David Luiz, masing-masing dari Liverpool dan PSG dengan harga sekitar £50 juta.
Alex Sandro adalah pemain bek kiri. Posisi bek sayap kiri Chelsea pada musim lalu menjadi milik Marcos Alonso.
Alonso cemerlang dalam peranan tersebut dan menjadi instrumen penting Chelsea dalam membantu kelab tersebut menjuarai EPL.
Alonso seorang pemain yang boleh mencipta gol dan juga menjaringkan gol dengan pelbagai teknik termasuk sepakan bebas.
Selain daripada Alex Sandro, Chelsea turut dikaitkan dengan Koulibaly. Laporan beberapa media di Itali menyatakan pihak ejen pemain tersebut sedang berbincang untuk memeterai perjanjian bernilai £51 juta.
Sumber/Rujukan: