Chelsea Akan Lepaskan 7 Pemain Untuk Jadi Dana Timo Werner & Dua Lagi Pemain

Willian Pedro Chelsea

Kehadiran Timo Werner dan Hakim Ziyech ke Chelsea musim depan pasti memberi petanda beberapa pemain akan mengangkat kaki meninggalkan Stamford Bridge.

Pengurus, Frank Lampard berjaya menghasilkan keputusan baik musim ini biarpun berdepan kekangan mendapatkan pemain apabila Chelsea digantung daripada terlibat dalam sebarang urusan pembelian pemain untuk dua jendela perpindahan sebelum ini.

Kini, mungkin bagai melepaskan geram, mereka telah berjaya mendapatkan dua pemain tersebut dengan nilai perpindahan lebih £90 juta dan beberapa lagi pemain yang dikatakan akan tiba seperti pertahanan kiri Leicester City, Ben Chilwell.

Jadi, bagi mengimbangi akaun mereka, Chelsea dilihat akan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh pemain pada jendela perpindahan selepas ini dan sudah tentu yang terlibat adalah Willian, yang gagal mencapai persetujuan untuk kontrak baharu.

Bersama Chelsea sejak 2013, pemain skuad kebangsaan Brazil itu telah memenangi dua kejuaraan liga, Piala FA dan juga Liga Europa, malah menjadi pemain utama untuk beberapa pengurus termasuk selepas Frank Lampard tiba pada Julai 2019.

Seorang lagi pemain yang tidak menyambung kontraknya bersama The Blues adalah pemain sayap, Pedro yang dikatakan bakal menyertai Roma selepas kontraknya berakhir pada penghujung musim ini. Perbincangan dikatakan bermula sejak April lalu.

Selain dua pemain tersebut, pertahanan kiri Marcos Alonso turut dikatakan akan meninggalkan pasukan selepas muncul berita Chelsea cuba memancing Ben Chilwell daripada Leicester City, walaupun usaha tersebut dilihat kian menemui jalan buntu.

Ini kerana, dilaporkan Leicester City hanya akan melepaskan pemain berusia 23 tahun itu dengan nilai perpindahan sekurang-kurangnya £60 juta. Bagaimanapun, Frank Lampard akan cuba memaksa pengurusan tertinggi Chelsea untuk merealisasikannya.

Sementara itu, pemain tengah, Jorginho dikatakan sangat teruja untuk kembali bersama bekas pengendalinya sebelum ini, Maurizio Sarri yang membimbing Napoli, sementara Kurt Zouma pula dikhabarkan akan bergabung bersama Jose Mourinho.

Pemain tengah yang dikatakan mirip gaya permainan Paul Gascoigne dan Michael Ballack, Ross Barkley pula dikatakan sentiasa menarik minat West Ham bersama-sama penyerang skuad kebangsaan Belgium yang kian tersisih, Michy Batshuayi.

Pemain muda, Tammy Abraham telah mempamerkan aksi baik dibawah kendalian Frank Lampard dan dengan kehadiran Timo Werner dan kekalnya Olivier Giroud di Chelsea, Michy Batshuayi perlu memikirkan masa depannya jika mahu kekal bermain.

KREDIT FEATURED IMAGE: Clive Rose/Getty Images

Baca lagi artikel mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN