Charyl Chappuis: Saya Tidak Terkejut Melihat Adisak Kraisorn Tampil Dengan Cemerlang

Chappuis

Pemain Thailand, Charyl Chappuis memberitahu bahawa dirinya tidak terkejut dengan prestasi cemerlang yang telah dipamerkan penyerang Thailand Adisak Kraisorn dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

Bagi Chappuis, beliau mengakui kemampuan Adisak sebagai penyerang Thailand yang hebat dan keputusan cemerlang di kejohanan itu memang berhak untuk beliau raih.

Adisak kini mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan mengumpul 8 gol.

Penyerang Muangthong United ini memulakan kempen saingan dengan penuh bergaya apabila meledak enam gol bertemu Timor-Leste.

Kemudian, Adisak sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring dengan membantu Thailand menjaringkan satu gol masing-masing pada pertemuan menentang Indonesia dan Singapura.

Tidak terkejut

Menerusi kenyataan Fox Sport Asia pada 23 November lalu, Chappuis dipetik sebagai berkata; beliau mengakui kehebatan dan kemampuan luar biasa yang dimiliki Adisak yang tidak dimiliki penyerang-penyerang lain.

Beliau juga kagum melihat pemain itu berjaya bangkit untuk memperbaiki prestasi selepas mengalami kecederaan yang serius dalam beberapa tahun terakhir ini.

“Saya tidak terkejut dengan prestasi Adisak. Saya bermain dengannya selama bertahun-tahun. Dia mempunyai banyak kualiti.”

“Dan saya sangat gembira kerana dia, tidak cedera pada tahun ini, kembali selepas berdepan masalah kecederaan sehingga tidak dapat beraksi pada AFF Suzuki 2016.”

“Dia benar-benar bekerja keras dan saya gembira baginya. Dia patut mendapatkan segalanya,” kata Chappius.

Tetap memberi sokongan

Chappuis, bintang Thailand yang membantu pasukan itu pada kejohanan AFF 2014 dan 2016 terpaksa diketepikan dari skuad selepas mengalami kecederaan dibahagian pergelangan kaki semasa mewakili Muangthong United dalam saingan Liga Thailand.

 

Bagaimanapun, Chappius tetap memberi sokongan penuh kepada skuad Milovan Rajevac dan berharap pasukan mampu mencipta kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

“Sudah pasti, saya mengikuti Changsuek (Thailand). Walaupun saya tidak mengikuti keseluruhan perlawanan tepat pada waktunya.”

“Namun, saya masih mengikuti perkembangan aksi mereka di Twitter, begitu juga ketika siaran ulangan perlawanan,” tambah Chappuis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN