Chantha Bin Lega Khidmatnya Masih Diperlukan Oleh Terengganu FC

Kapten skuad kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat keputusan untuk mengekalkan khidmatnya sehingga akhir musim ini meskipun dilanda masalah kemorosotan prestasi.

Justeru itu, beliau tekad membalas kepercayaan daripada pihak pengurusan dengan menampilkan aksi terbaik dalam baki perlawanan yang akan datang dan menutup mulut para pengkritik.

“Saya amat berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana masih mengekalkan dalam skuad biarpun sebelum ini hampir diketepikan kerana dikatakan prestasi tidak konsisten

“Justeru, saya mahu perbaiki tahap permainan selain mahu membuktikan persepsi mereka terhadap prestasi saya adalah salah,” katanya dalam Harian Metro

Irfan Bakti memeluk Thierry Cantha Bin. FOTO: Terengganu FC

Sebelum ini, pemain yang pernah beraksi bersama pasukan remaja Perancis itu hampir pasti disingkirkan pada jendela kedua perpindahan pemain yang berakhir pada Khamis lalu.

Setelah beraksi selama setahun bersama skuad penyu, Chantha Bin berharap dapat berkhidmat dengan mana-mana pasukan lain dalam Liga Malaysia jika kontraknya tidak disambung pada musim depan.

“Awal musim ini saya mendapat tawaran daripada sebuah kelab di Thailand, tapi saya menolak kerana sudah gembira bersama TFC selain Liga M yang mencabar bukan kepada pemainnya saja malah juga pasukan,” katanya.

Beberapa hari lepas, Terengganu FC mengumumkan kemasukan benteng pertahanan baharu dari Brazil, Luis Gustavo Camilo bagi menggantikan tempat Igor Zonjic yang terpaksa digugurkan ekoran masalah prestasi yang tidak memuaskan.

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai pengalaman luas beraksi dengan kelab terkemuka Brazil, Fluminense dan pernah beraksi di eropah bersama kelab Portugal, Estoril dan Beira Mar.

Beraksi di negara Asia bukanlah asing bagi Gustavo kerana beliau mempunyai pengalaman bermain dalam Liga Bahrain dan saingan Piala AFC bersama kelab Manama sebelum kembali ke Brazil menyertai Ferroviaria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN