Chanathip Songkrasin, Bintang Thailand Yang Telah Di’Manga’kan

Chanathip Songkrasin Teerasil Dangda J-League 2020 manga

Kita semua pasti mengenali bintang Thailand, Chanathip Songkrasin dan kita juga pastinya mengenali juga Tsukasa Oshima, pelukis manga terkenal di dunia, Shoot!

Kedua-duanya telah bergabung dalam penghasilan manga terbaharu karya Tsukasa Oshima berjudul ‘Chanathip Story-Be Ambitious’ yang mengisahkan perjalanan karier pemain Thailand berusia 27 tahun itu sehingga menyertai Consadole Sapporo.

Ia pastinya satu penghargaan buat Chanathip yang telah empat tahun beraksi di J-League bermula secara pinjaman daripada Muangthong United selama dua musim. Kini, beliau boleh dianggap sebagai antara pemain penting di sana dengan pernah diundi rakan sepasukan sebagai Pemain Paling Berharga kelabnya pada 2018.

Menurut laporan Sanook, manga ini dihasilkan bersempena ‘Derbi Thai’ yang bakal menemukan dua bintang Thailand yang kini beraksi di J-League iaitu Chanathip dan penyerang, Teerasil Dangda yang ketika ini sedang beraksi bersama Shimzu S-Pulse.

Manga dengan 56 muka surat akan diberikan kepada 10 ribu penyokong yang datang ke Sapporo Dome pada hari perlawanan, sementara bagi penyokong Thailand yang tinggal di Jepun akan diberikan hadiah khas daripada pelukis komik tersebut.

Selain itu, para pemain Consadole Sapporo juga akan mengenakan baju khas bertulis ‘Thai Derby’ yang ditulis dalam bahasa Thailand ketika memanaskan badan. Ia sebagai ucapan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang berasal dari Thailand.

Tsukasa Oshima sudah terkenal di seluruh dunia menerusi manga Shoot! yang telah diterbitkan sekitar tahun 1999 hingga 2003 dengan 50 juta jumlah cetakan. Beliau juga adalah pemenang Kodansha Manga Award 1994  – anugerah tahunan pelukis manga.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan telah pun berlangsung pada 21 November yang  lalu dengan kemenangan berpihak kepada Consadole Sapporo dengan keputusan 5-1. Mungkin sedikit mengecewakan apabila Chanathip langsung tidak membuat penampilan, sementara Teerasil pula hanya masuk pada minit ke-70.

J-League sudah menuju ke penghujung musim dengan berbaki empat perlawanan. Consadole Sapporo ketika ini sedang menduduki kedudukan ke-13 liga, sementara Shimzu S-Pulse pula berada di dasar liga – kedudukan ke-17 daripada 18 kelab.

KREDIT FEATURED IMAGE: SANOOK

Baca lagi mengenai Chanathip Songkrasin dan Thailand:

Kelayakan Piala Dunia: Thailand Tangisi Ketiadaan Chanathip Songkrasin

Kelayakan Piala Dunia: Chanathip Songkrasin Akui Sorakan Bukit Jalil ‘Berhantu’

Mengapa Ekanit Panya Lebih Bersedia Ke Peringkat Senior Berbanding Luqman Hakim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN