Pasukan Chan Yuen Ting Dibelasah 7-0 Oleh Guangzhou Evergrande

Permulaan yang tidak indah untuk jurulatih wanita yang menjadi fenomena, Chan Yuen Ting. Beliau menjadi jurulatih wanita pertama terlibat dalam kejohanan elit serantau.

Pasukan yang dikendalikan Chan, Eastern SC telah dibelasah 7-0 oleh skuad kendalian Luiz Felipe Scolari, Guangzhou Evegrande.

Liao Lisheng dan Wang Shangyuan masing-masing menjaringkan 2 gol. Manakala Ricardo Goulart menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti.

Alan dan Paulinho turut menjaringkan gol di dalam perlawanan ini.

Eastern SC terpaksa bermain 9 orang dalam sebahagian besar perlawanan ini. Ianya selepas 2 pemain mereka Wong Tze-ho dan Wong Chi-chong dibuang padang dalam tempoh 35 minit separuh masa pertama.

Kad merah pertama mereka adalah straight red pada minit ke-3 perlawanan. Ia memang petanda malapetaka kepada pasukan Hong Kong ini.

Guangzhou Evergrande terlalu unggul di dalam perlawanan dari segi semua aspek. Mereka mendesak lawan mereka untuk melakukan kesilapan.

Chan Yuen Ting kelihatan kecewa dan sugul dengan keputusan ini. Pasukan beliau dibelasah teruk kerana pemain-pemain terlalu naif dan kurang berdisiplin dalam perlawanan ini.

Pasukan Luiz Felipe Scolari bermain dengan dominan dengan majoriti berada dalam formasi 2-4-4 sepanjang perlawanan ini.

Banyak yang perlu dilakukan oleh Eastern SC untuk bersaing dalam kejohanan sebesar ACL. Mereka akan berhadapan dengan Suwon Samsung Bluewings selepas ini dan Kawasaki Frontale.

Kemenangan ini membolehkan Guangzhou Evergrande memimpin kumpulan F. Suwon dan Kawasaki Frontale hanya berkongsi 1 mata perlawanan pertama.

Baca juga: Chan Yuen Ting, Jurulatih Wanita Pertama Terlibat Kejohanan Elit, Akan Lawan Scolari Di ACL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN