CHAN 2018: Ujian Persediaan Maghribi Bagi Menghadapi Piala Dunia

CHAN atau nama penuh kejohanan African Nations Championship bakal dianjurkan di Maghribi pada 13 Januari hingga 4 Februari 2018. Maghribi terpilih menjadi tuan rumah untuk kejohanan yang dianjurkan buat kali kelima ini.

4 stadium akan digunakan dalam kejohanan kedua berprestij bagi benua Afrika ini. Stadium tersebut ialah Stade Mohamed V di Casablanca, Stade Ibn Batouta di Tangier. Selain itu, Stade de Marrakech di Marrakech juga diberi mandat untuk menganjurkan kejohanan ini.

Terakhir, Stade Adrar di Agadir juga terpilih sebagai venue perlawanan.

Undian rasmi

Tuan rumah, Maghribi diundi bersama Mauritania, Sudan dan Guinea dalam Kumpulan A. Hampir keseluruhan perlawanan Kumpulan A dianjurkan di Stade Mohamed V.

Kumpulan B pula Ivory Coast, Uganda, Namibia dan Zambia diundi bersama. Stade de Marrakech akan menganjurkan sebahagian besar perlawanan Kumpulan B.

Stade Ibn Batouta yang menempatkan 45 ribu tempat duduk.

Bagi Kumpulan C, perlawanan akan dianjurkan di Stade Ibn Batouta. Kumpulan C dihuni oleh Libya, Nigeria, Equatorial Guinea serta Rwanda.

Yang terakhir Angola, Cameroon, Congo dan Burkina Faso diletakkan di dalam Kumpulan D. Stade Adrar akan menjadi venue bagi perlawanan Kumpulan D.

Setiap pasukan akan mengharungi 3 perlawanan dalam pusingan peringkat kumpulan. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke suku akhir.

Nigeria dan Maghribi beruntung kerana mempunyai pemain yang ramai dan berbakat.

Jurulatih Maghribi dan Nigeria beruntung kerana mereka mempunyai pool pemain yang banyak. Sekurang-kurangnya mereka ada eksperimen untuk Piala Dunia 2018.

Ujian buat Maghribi

Selain daripada pasukan negara mereka sendiri, Maghribi juga menjadi tumpuan kerana berani mencabar pakatan tiga negara untuk menjadi hos Piala Dunia 2026. Ya, maksud kami ialah pakatan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Maghribi akan membuktikan kepada FIFA bahawa mereka sebenarnya layak untuk menjadi hos Piala Dunia 2026. Selain 4 stadium yang bakal digunakan untuk kejohanan ini, ada beberapa buah stadium bakal diubah suai.

Sebagai tambahan, mereka turut sedang mempertimbangkan untuk membina beberapa buah stadium baru di bandar Al Hoceima dan Tetouan.

Maghribi pernah menganjurkan African Cup of Nations pada 1988. Mereka juga menjadi hos untuk Piala Dunia Kelab pada 2013 dan 2014. Namun, mereka tewas dalam persaingan merebut hos penganjuran Piala Dunia pada 1994, 1998, 2006 dan 2010.

Rumusan

Harus diingat, pemain yang bermain di liga domestik negara sendiri sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini. Selain meraih trofi, kejohanan ini juga dikira dalam aspek kedudukan ranking FIFA.

Alangkah bagusnya jika Asia ada kejohanan sebegini! Tidaklah asyik bergantung kepada piala serantau sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN