Kejohanan belia amat penting bagi dalam bola sepak. Tidak kiralah sama ada peringkat domestik atau antarabangsa. Pembangunan belia mesti dibiasakan dengan kejohanan walaupun ia berbentuk jemputan atau ‘suka-suka’.
Malaysia sendiri pernah menjadi tumpuan dunia untuk penganjuran Champions Youth Cup. Kejohanan itu hanya diadakan sekali sahaja iaitu pada 2007. Kira-kira 10 tahun lepas.
Mari kita imbas kembali penganjuran bersejarah ini.
Format
Kejohanan ini dimainkan selama 35 minit bagi setiap separuh masa. Seperti namanya, pemain bawah 19 tahun sahaja dibenarkan beraksi.
16 pasukan bertanding dan diagihkan kepada 4 kumpulan. Ini bererti 4 pasukan bagi setiap kumpulan. Kumpulan A menyaksikan Flamengo (Brazil), AC Milan (Itali), Arsenal (England) dan Ajax (Belanda) diundi bersama. Barcelona (Sepanyol), Juventus (Itali), PSG (Perancis) serta pasukan belia Qatar diletakkan ke dalam Kumpulan B.
Internazionale (Itali), Manchester United (England), Boca Juniors (Argentina) dan Porto (Portugal) dimasukkan ke dalam Kumpulan C. Pasukan belia negara kita diundi bersama PSV Eindhoven (Belanda), Chelsea (England) serta Bayern Munich (Jerman).
Tuan rumah gagal manfaat
Malaysia tewas kesemua perlawanan dalam Kumpulan C. Bayern Munich dan PSV Eindhoven mara ke suku akhir. Flamengo dan AC Milan mara sebagai juara dan naib juara Kumpulan A.
Barcelona dan Juventus juga layak kerana berada di tangga dua teratas Kumpulan B. Kumpulan C pula diterajui oleh Internazionale selaku juara dan Manchester United selaku naib juara.
Pierre-Emmerick Aubameyang: Hero Bikinan Milan
Milan menumbangkan Bayern Munich dalam saingan suku akhir melalui dua gol beliau. Dalam aksi lain Flamengo menewaskan PSV Eindhoven.
Barcelona dikalahkan Manchester United manakala Juventus mengalahkan Internazionale untuk ke separuh akhir.
Juventus bertemu Milan di separuh akhir. Aubameyang sekali lagi menyumbat gol untuk kelabnya namun gagal membantu untuk mengatasi Juventus.
Dalam satu aksi separuh akhir yang lain, Manchester United menewaskan Flamengo dengan dua gol oleh Sam Hewson.
Manchester United juara
Febian Brandy menjadi penjaring gol tunggal perlawanan akhir ketika menentang Juventus. Sekaligus menjadi gol kemenangan buat pasukan dari England itu.
Tempat ketiga pula disandang oleh Flamengo setelah menewaskan Milan 3-1. Meskipun Milan berada di tempat keempat, Pierre-Emerick Aubameyang diangkat menjadi penjaring terbanyak, 7 gol secara keseluruhan.
Sekali sahaja
Meskipun kejohanan ini dianggap permulaan, ia telah menarik ramai tumpuan. Sayang sekali kejohanan ini tidak diteruskan pula untuk tahun-tahun seterusnya.
Alangkah baiknya jika kejohanan seperti ini diadakan. Mungkin kita boleh bertemu lagi dengan bintang dalam bikinan! Contoh paling mudah, Pierra-Emerick Aubameyang pun boleh dianggap berjaya!
Sumber:
- RSSSF (2017): Champions Youth Cup 2017 (Malaysia); http://www.rsssf.com/tablesg/g14-youthcup07.html