Quantcast

BERITA

VIDEO: Son Heung-Min Cetus Kebangkitan Spurs, Mudah Benam Dortmund Di Wembley

Tottenham Hotspur menampilkan aksi menakjubkan pada babak kedua perlawanan untuk mengecewakan Borussia Dortmund 3-0 di perlawanan pertama peringkat kalah mati UEFA Champions League pada pagi tadi.

Son Heung-Min menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut untuk Spurs pada minit ke-47 perlawanan.

Jan Vertonghen kemudian melebarkan pendahuluan Spurs pada minit ke-83 perlawanan melalui voli cantik, selepas menerima hantaran lintang Sege Aurier.

Pemain gantian, Fernando Llorente menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-86 perlawanan untuk melengkapkan kemenangan 3-0 di Wembley itu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 13: Son Heung-Min of Tottenham celebrates scoring to make it 1-0 during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Tottenham Hotspur and Borussia Dortmund at Wembley Stadium on February 13, 2019 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Dortmund terkejut

Dortmund jelas terkejut dengan kebangkitan luar biasa itu dan menjadikan peluang mereka untuk ke suku akhir pertandingan menjadi sukar. Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan timbal balik pada 5 Mac hadapan.

Pendahulu Bundesliga tu memulakan perlawanan dengan baik, namun gagal menyayingi kebangkitan anak buah Mauricio Pochettino di babak kedua perlawanan.

Tottenham forward Fernando Llorente heads in Spurs third goal during the UEFA Champions League match between Tottenham Hotspur and Ballspielverein Borussia 09 e.V. Dortmund at Wembley Stadium, London on Wednesday 13th February 2019. (Credit: Jon Bromley | MI News & Sport Ltd)
(Photo by MI News/NurPhoto via Getty Images)

Jaringan oleh Son – yang ke-11 menentang Dortmund- mula memberikan inspirasi kepada dominasi yang ditunjukkan oleh Spurs pada babak kedua perlawanan.

Keputusan akhir perlawanan yang seolah-olah berat sebelah itu tidak memberikan gambaran sebenar perlawanan, terutama apabila Dortmund bermain secara positif di babak pertama perlawanan.

Dortmund gagal manfaat

Walaupun Spurs memiliki percubaan oleh Lucas Moura yang sedikit tinggi melepasi palang, pasukan tuan rumah bernasib baik kerana tidak ketinggalan selepas Juan Foyth hilang penguasaan bola dan Christian Pulisic gagal menewaskan Hugo Lloris.

Jadaon Sancho turut sering memberi masalah kepada bahagian pertahanan Spurs, namun pemain itu gagal melakukan hantaran akhir yang mampu menghasilkan jaringan buat Dortmund.

Lloris turut beraksi cemerlang menafikan tandukan Dan-Axel Zagadou di garisan gol untuk menafikan pendahuluan buat Dortmund pada babak pertama perlawanan.

Ikuti rangkuman perlawanan melalui video di bawah:

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!