Champions League & Europa League Mungkin Dihabiskan Dalam Kejohanan Mini

Sebuah kejohanan mini mungkin akan menentukan nasib pasukan UEFA Champions League dan UEFA Europa League susulan kekhuatiran wabak COVID-19 yang akan menyebabkan jadual perlawanan semakin sesak.

UEFA akan mengadakan konferens video dengan pemegang taruhnya pada petang ini (malam waktu Malaysia) untuk membincangkan kemungkinan tersebut.

EURO 2020 juga mungkin terpaksa ditangguhkan untuk memberi ruang kepada liga domestik untuk dihabiskan.

UEFA juga mengharapkan setiap pemegang taruhnya ‘berkorban’ sesuatu demi memastikan penyelesaian dapat dicapai.

Antara pemegang taruh yang bakal menyertai konferens video hari ini adalah ahli lembaga pengarah European Club Association, European Leagues dan wakil setiap cawangan FIFPro seluruh Eropah.

Ahli UEFA juga akan mengadakan mesyuarat tambahan untuk membincangkan reaksi mereka sesama sendiri.

Bagaimana kejohanan mini akan dibuat?

Seperti Premier League yang menyatakan komitmen untuk seboleh-bolehnya tidak membatalkan liga, UEFA juga mahukan Champions League dan Europa League tidak dibatalkan supaya tuntutan kontrak dengan penyiar perlawanan dapat dipenuhi.

Kedua-dua kejohanan sudah memasuki peringkat 16 pasukan terakhir, dengan hanya berbaki enam hari perlawanan, termasuk perlawanan akhir.

Bagaimanapun ada 14 lagi perlawanan pusingan 16 dalam kedua-dua kejohanan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Ada cadangan suku akhir dan separuh akhir Champions League dan Europa League perlu dimainkan dalam satu perlawanan di stadium neutral untuk memendekkan tempoh jadual kejohanan.

Ada juga cadangan supaya baki perlawanan Champions League dan Europa League dimainkan dalam satu kejohanan mini di Istanbul dan Gdansk – dua lokasi final untuk dua kejohanan tersebut.

Cadangan ini boleh memendekkan tempoh kejohanan, mengurangkan kos perjalanan dan mengurangkan gangguan perjalanan liga domestik.

Cadangan lain termasuklah memainkan baki perlawanan Champions League dan Europa League serentak dengan perlawanan liga domestik.

Besar kemungkinan perlawanan akhir Champions League tidak lagi akan menjadi perlawanan terakhir dalam kalendar sesebuah kelab.

Menangguhkan EURO 2020 yang dijadualkan bermula dari 12 Jun hingga 12 Julai akan datang juga berada dalam agenda perjumpaan itu nanti.

Ini supaya saingan liga domestik, Champions League dan Europa League dapat diberi ruang untuk ditamatkan tanpa pembatalan.

Bagaimanapun penangguhan EURO 2020 akan menganggu jadual bola sepak tahun depan.

Pada musim panas 2021 nanti ada EURO untuk bola sepak wanita yang dihoskan di England dan European Under-21 Championship yang dihoskan di Hungary dan Slovenia.

UEFA Nations League, yang telah siap proses undiannya pada awal Mac lepas, juga akan diadakan pada tahun depan.

Tidak cukup dengan itu, edisi pertama FIFA Club World Cup yang dipanjangkan formatnya juga akan diadakan di China pada Jun tahun depan.

Ketika liga domestik besar di Eropah sedang bergelut untuk memenuhi tuntutan kontrak penyiaran jika liga dibatalkan, banyak ahli UEFA yang kecil mengharapkan duit yang diterima dari penyertaan kejohanan anjuran UEFA untuk menganjurkan liga domestik sendiri.

Ini menyebabkan ada kemungkinan resolusi sukar dicapai memandangkan lain ahli UEFA, lain keperluannya.

UEFA mempunyai hampir 400 staf yang bakal bekerja dalam EURO 2020 nanti. Jika EURO 2020 ditangguhkan, nasib mereka tidak dapat dipastikan akan dibela atau tidak.

Situasi menjadi buruk apabila tiada siapa tahu bila wabak COVID-19 akan reda di Eropah.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19 kepada liga di Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN