Challenge Cup: 3 Bintang Tumpuan Untuk Aksi Penang & Selangor

Saingan separuh akhir MFL Challenge Cup musim 2024/2025 terus bersambung pada hari ini dengan membabitkan pertemuan antara Penang dan Selangor yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Selepas PDRM dan Kedah Darul Aman (Kedah) masing-masing terikat seri menerusi keputusan 3-3 semalam, tiba giliran dua pasukan lagi pada hari ini untuk membuat perhitungan bagi meraih keputusan positif.

Beraksi di halaman sendiri, Penang dilihat memiliki kelebihan tersendiri sebenarnya untuk cuba mengatasi The Red Giants demi mencerahkan peluang ke pentas akhir.

Walaupun begitu, cabaran Selangor juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka antara pasukan memiliki kelompok pemain berkualiti di segenap posisi.

Apatah lagi rekod semasa menyaksikan Selangor berjaya meraih lima kemenangan berturut-turut di pentas domestik sebelum itu untuk meningkatkan motivasi semasa mereka.

Berbanding Penang, kelab ini masih lagi belum mencapai konsistensi terbaik mereka walaupun ada peningkatan dipamerkan daripada segi corak permainan di atas padang.

Untuk aksi hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberikan impak besar bersama kelab diwakili masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung.

Dylan Wenzel-Halls

Boleh dianggap satu-satunya pemain import Penang pada musim ini yang memiliki kualiti cukup menyakinkan di atas padang untuk memberi impak pada posisi serangan.

Dibawa masuk pada pertengahan musim 2024/2025, Dylan berjaya mengubah corak serangan Penang menjadi lebih baik terutama daripada segi kreativiti serta kelancaran mereka menyusun pergerakan.

Malah, Dylan juga sudah pun meledak hatrik sulung beliau di Malaysia ketika Penang terikat seri bersama Perak menerusi keputusan 3-3 pada aksi lalu.

Ronnie Fernandez

Peledak berbisa Selangor ini dijangka bakal menjadi pilihan utama Katsuhito Kinoshi pada perlawanan tersebut untuk mengatasi cabaran dibawa oleh Penang di laman sendiri.

Musim ini menyaksikan Ronnie sudah pun beraksi sebanyak 28 perlawanan dan telah meledak 12 gol serta empat bantuan jaringan secara keseluruhan buat Selangor.

Tiga gol daripadanya telah pun terhasil di saingan MFL Challenge Cup ketika The Red Giants menghadapi cabaran daripada Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) di pentas suku akhir lalu.

Faisal Halim

Selepas menampilkan aksi berkualiti sejak beberapa perlawanan lalu, Faisal Halim berkemungkinan akan terus menjadi pilihan utama bagi aksi hari ini.

Beraksi di posisi sayap, Faisal menampilkan kelincahan yang sangat .baik terutama ketika aksi menentang Kuala Lumpur City (KL City) lalu di pentas Liga Super sehingga dirinya dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.

Kelincahan, kualiti hantaran, serta kreativiti menggerakan serangan menjadi aset terbaik Faisal untuk digunakan sepenuhnya pada perlawanan menentang Penang hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN