Chad (Negara Ke-4 Termiskin Di Dunia) Taja Kelab Perancis FC Metz, Undang Kritikan Pelbagai Pihak

Perkara ini sangat tidak dijangka dan kami tidak pun terfikir perkara ini akan berlaku.

Chad, sebuah negara miskin yang terletak di benua Afrika telah menaja sebuah kelab di Ligue 1 iaitu FC Metz dalam usaha mereka untuk menaikkan industri pelancongan negara mereka.

Namun begitu, reaksi yang diterima oleh rakyat Chad dan masyarakat antarabangsa tidaklah bagus seperti yang diharapkan.

Mahu pulih reputasi negatif

Chad merupakan negara yang terletak di benua Afrika di bahagian utara Afrika Tengah.

Chad merupakan negara daratan yang berjiran dengan negara seperti Sudan, Mesir dan Libya.

Sebab utama mengapa Chad mahu menaja pasukan FC Metz adalah kerana mereka mahu menghapuskan persepsi negatif negara mereka yang selama ini dianggap sebagai zon panas peperangan.

Dek dibelenggu krisis peperangan sejak sekian lama, Chad merupakan negara ke-4 termiskin di dunia.

Selain daripada itu, Chad juga dikenali dengan reputasi negatif kerana mempunyai kadar kematian kanak-kanak yang tinggi, dengan 1 daripada 7 kanak-kanak akan mati sebelum usia 5 tahun.

Selain itu, Chad juga terkenal kerana mempunyai hampir 300 ribu orang pelarian dari Republik Afrika Tengah dan Sudan.

Dalam masa yang sama, militan Boko Haram dari Nigeria menjadikan Chad sebagai tempat untuk mereka melarikan diri.

Oleh kerana itulah Chad mahu menaja FC Metz agar negara mereka tidak dipandang negatif oleh negara-negara lain serta menarik orang-orang luar menerusi pelancongan.

Undang kritikan ramai pihak

Namun begitu, strategi Chad untuk menaja FC Metz mengundang kritikan pelbagai pihak, sama ada dari rakyat Chad sendiri mahupun masyarakat antarabangsa.

Strategi kerajaan Chad mahu menaja FC Metz kerana mahu menarik orang Eropah untuk melancong di negara mereka.

Akhbar Perancis Le Progres, menyatakan tindakan itu tindakan yang ‘membuang duit’. Sementara itu bagi ketua Persatuan Sukan Chad, Hissene Ngaro merasakan tindakan itu adalah ‘tindakan yang bodoh’.

Menurut laporan, jumlah tajaan adalah sebanyak €12 juta (RM 55 juta) namun ia telah dinafikan oleh Menteri Sukan Chad, Betel Miarom.

Menurutnya, wang tajaan tersebut diberi oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan, bukannya menggunakan duit rakyat.

Sementara itu FC Metz sendiri hanya mendiamkan diri mengenai perkara ini.

Chad menaja FC Metz selama 3 tahun dengan jersi pasukan Ligue 1 tersebut akan tertera “TChad: Oasis du Sahel” yang bermaksud “TChad: Si Gurun Sahel”.

FC Metz merupakan kelab Perancis yang baharu sahaja dinaikkan ke Ligue 1 dari Ligue 2 selepas memperoleh tempat ketiga pada musim lalu.

Baca juga: OGC Nice Keluarkan Jersi Khas, Tribute Kepada 85 Mangsa Serangan Paris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN