Cetak Dua Gol Buat Itali, Fabio Quagliarella Anggap Diri Masih Muda

Quagliarella

Penyerang Itali, Fabio Quagliarella berjaya menghadiahkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika membantu pasukan membelasah Liechtenstein 6-0, awal pagi tadi.

Dua gol tersebut menjadikan penyerang berusia 36 tahun itu muncul sebagai penjaring gol tertua Itali.

Kemenangan tersebut menyaksikan Itali kini mendahului Kumpulan J kelayakan Euro 2020 selepas turut menewaskan Finland 2-0, minggu lalu.

Masih muda

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Quagliarella jelas begitu gembira selepas berjaya menghadiahkan gol buat pasukan kebangsaan dan menilai bahawa dirinya masih muda serta masih mampu mengerahkan keringatnya walaupun sudah dilanjut usia.

PARMA, ITALY – MARCH 26: Fabio Quagliarella of Italy prepares for the penalty shot during the 2020 UEFA European Championships group J qualifying match between Italy and Liechtenstein at Ennio Tardini on March 26, 2019 in Parma, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

“Saya berusia 36 tahun, tetapi saya tidak merasakannya! Ia adalah malam yang indah, lebih indah dengan dua gol,” kata penyerang Sampdoria itu.

“Saya tidak bermain untuk pasukan kebangsaan dengan masa yang agak lama, jadi saya datang kembali ke sini dan boleh membantu (pasukan) dan ianya memberikan saya perasaan luar biasa. Saya gembira, secara fizikal saya berada dalam keadaan baik, saya tenang dan berlatih berterusan.”

Terima kasih

Dalam masa yang sama, beliau mengambil kesempatan memberikan ucapan terima kasih kepada pengurusan dan rakan sepasukan kerana memberi peluang untuknya mengambil sepakan penalti pada perlawanan tersebut.

PARMA, ITALY – MARCH 26: Fabio Quagliarella of Italy celebrates his goal of 3-0 with teammates Marco Verrati and Frello Filho Jorge Luiz Jorginho during the 2020 UEFA European Championships group J qualifying match between Italy and Liechtenstein at Ennio Tardini on March 26, 2019 in Parma, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jorginho dan [Leonardo] Bonucci kerana mereka bertanggungjawab mengambil penalti tetapi mereka memberitahu saya supaya melakukannya. Mereka berkata, ‘Malam ini adalah milik kamu, lakukannya’.”

Quagliarella menjadi pemain tertua pernah menjaringkan gol untuk Itali di usia 36 tahun 54 hari mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Christian Panucci di usia 35 tahun pada 2008.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN