Sebelum ini kita sering mendengar tentang penganjuran pertandingan E-Sukan (Esports) yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan muda.
Terdapat banyak pertandingan telah diadakan serta premis permainan video ‘Play Station’ yang muncul pada ketika ini.
Selaras dengan perkembangan tersebut, DethStix dan KITAMEN telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan CET 2019 (CEO Esports Tournament).
Pertandingan yang bakal berlangsung pada 28 Julai di Epicenter, Sungai Buloh itu bukanlah dibuka kepada umum tetapi sebaliknya memberikan fokus kepada lapan syarikat terkemuka tempatan.
Idea kreatif DethStix dan KITAMEN serta kerjasama dari Racuntech ini menjadikan E-Sukan sebagai saluran komunikasi dalam tangga korporat syarikat tempatan.
Semuanya BOLA turut akan menyertai pertandingan tersebut untuk bersaing bersama-sama DuBook Press, TheLorry, DethStix, Touch ‘n Go, HARTABUMI, ACASIA dan The Vocket.
Selain daripada bermatlamat untuk membina hubungan antara korporat sekaligus memupuk bakat e-sukan tempatan dalam organisasi masing-masing, CET 2019 turut menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM10,000.
Syarat & format penyertaan CET 2019
Setiap syarikat perlu menghantar empat orang wakil bagi membuktikan kejaguhan mereka beraksi dalam permainan FIFA 19.
Lebih menarik, syarat penyertaan CET 2019 ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi setiap syarikat perlu mengetuai pasukan yang akan dianggotai kakitangan dari pelbagai aras.
Format yang digunakan juga turut memperlihatkan kelainan apabila anda seolah-olah beraksi di Piala Thomas:-
-
- Format: Best of 3 rounds. 8 pasukan, 4 ahli (A,B,C,D)
- Round 1: 1vs1
- Round 2: 2vs2
- Round 3: 1vs1
- Bermula dari pusingan kalah mati
Penaja CET 2019
- AndaSeat
- EPICENTER by KITAMEN
- Touch ‘n Go
- SBX
- Dalucia
- Kantin Sekolah SMK Bukit Changgang