Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya

Cesc Fabregas enggan menamakan pengurus kegemarannya ketika ditanya dalam rancangan soal jawab Facebook di Sky Sports semalam.

Rancangan yang dihoskan oleh personaliti TV Sky Sports, David Jones, itu turut disertai oleh bekas rakan sepasukan Fabregas dan lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Ketika berita Henry yang mengutuk pemain Chelsea secara terbuka di hadapan Fabregas tersebar luas, Henry dan Fabregas turut berbincang tentang perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, EURO 2016, lawan terbaik dan rakan sepasukan terbaik mereka.

Tetapi satu soalan yang gagal dijawab oleh Fabregas adalah siapa pengurus kegemarannya.




Fabregas hanya pernah bermain di bawah 5 pengurus dalam karier seniornya iaitu Vincente del Bosque, Luis Aragones (Sepanyol), Arsene Wenger (Arsenal), Pep Guardiola (Barcelona) dan Jose Mourinho (Chelsea).

Tetapi Fabregas enggan memberi jawapan konkrit. Sebaliknya beliau menjawab:

“Saya ada pengurus kegemaran tapi saya tak boleh beritahu.”

Ketika didesak Henry untuk memberitahu jawapannya, Fabregas memberitahu sebab mengapa beliau tak mahu mendedahkan jawapannya.

“Saya tak mahu mencipta situasi (yang tak selesa).”

“Saya dah banyak berkerja di bawah banyak pengurus. Pengurus kegemaran saya sudah tentulah yang terbaik. Tetapi saya tak mahu cakap sekarang.”

“Tapi semua pengurus yang saya pernah bermain, semuanya membawa pengaruh yang positif kepada saya.”

Mungkin Fabregas mahu menjawab Wenger, tetapi beliau tak mahu jawapannya menjejaskan hubungannya dengan peminat Chelsea.

Mungkin juga Fabregas mahu menjawab Mourinho, tetapi takut akan menjejaskan hubungannya dengan peminat Arsenal.

Baca juga: Thierry Henry Kutuk Chelsea Di Hadapan Cesc Fabregas Dalam Rancangan Soal Jawab Facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN