Cesc Fabregas: Lionel Messi Akan Tamatkan Karier Di Barcelona

Cesc Fabregas

Pemain tengah AS Monaco, Cesc Fabregas beranggapan apa yang terjadi antara Lionel Messi dan Barcelona pada ketika ini tidak akan mempengaruhi pendapatnya bahawa bekas rakan sepasukannya itu akan menamatkan karier bersama gergasi Sepanyol tersebut.

Messi yang berhijrah ke Barcelona sejak berusia 13 tahun merupakan antara nadi kepada kekuatan sehingga menjadikan kelab Catalan itu sebagai salah sebuah kelab ternama di dunia.

Tetapi pada ketika ini, kem Barcelona dikatakan sedikit bergolak dengan masalah dalaman yang mengakibatkan beberapa Ahli Lembaga Pengarah kelab tersebut meletakkan jawatan dan kredibiliti Presiden, Josep Bartomeu turut dipersoalkan.

Selain itu, krisis kewangan susulan wabak COVID-19 juga turut dihadapi oleh pemenang lima kali Liga Juara-Juara Eropah tersebut.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Lionel Messi of Barcelona is challenged by Cesar Azpilicueta of Chelsea and Cesc Fabregas of Chelsea during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images,)

Melihatkan kepada pelbagai masalah yang dihadapi, Fabregas melihat ia tidak akan mengubah pendirian Messi untuk bersara sebagai ‘one-club man’.

”Saya bercakap dengan Messi dan ideanya adalah sentiasa untuk menamatkan karier profesionalnya di Barcelona.”

”Banyak perkara boleh berlaku di kelab ini tetapi saya sangat yakin bahawa kariernya akan berakhir di Barca,” ujar Cesc Fabregas hasil laporan Goal.

Fabregas yang merupakan produk Akademi La Masia [bersama Messi] mula mencipta nama ketika bersama Arsenal dan pada musim 2011/12, beliau memilih untuk kembali semula ke Nou Camp.

Dari situlah beliau kembali bergandingan bersama Lionel Messi selama tiga musim dan beberapa kejayaan berjaya diraih seperti La Liga 2012/13, Copa del Rey 2011/12, Supercopa de Espana 2011 dan 2013, UEFA Super Cup 2011 dan juga Piala Dunia Kelab FIFA 2011.

Kredit foto: Power Sport Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN