Cesc Fabregas Bakal Dilatih Bekas Pengendali Sabah Dalam Saingan Serie B?

Bekas pemain tengah kebangsaan Sepanyol, Cesc Fabregas dikhabarkan bakal menyertai Como 1907 dalam saingan Serie B pada musim akan setelah kontraknya bersama AS Monaco tidak lagi bersambung.

Lebih menarik, beliau juga dilihat bakal bergandingan bersama bekas pengendali Sabah musim lalu, Kurniawan Dwi Yulianto setelah bekas pemain legenda Indonesia itu dikhabarkan kini menjadi pembantu jurulatih di kelab tersebut.

Ketika ini Fabregas bebas untuk memilih mana-mana kelab yang membuat tawaran kepadanya dan pemain tersebut dikhabarkan bakal beraksi di Itali bersama Como.

Menurut Bola.com, Fabregas bakal menyertai kelab tersebut pada  musim panas ini dengan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2024 atau selama dua musim.

Perpindahan pemain tersebut dilihat agak mengejutkan apabila Fabregas memilih kelab dalam saingan divisyen dua di Itali tersebut, walaupun beliau memiliki rekod yang sangat hebat untuk beraksi bersama pasukan lebih baik di Eropah.

Lebih mengujakan buat penyokong Indonesia, apabila Fabregas berkemungkinan bakal dilatih oleh Kurniawan memandangkan beliau kini bertugas selaku pembantu jurulatih bersama Como.

Como juga merupakan kelab yang dimiliki oleh taikun Indonesia iaitu Robert Budi Hartono dan Michael Bambang Hartono bawah syarikat dinamakan Djarum Group.

Ketika ini Kurniawan bergandingan bersama pengendali utama kelab, Giacomo Gattuso selaku pembantu jurulatih dalam menaikkan bakat-bakat baharu kelab tersebut.

Sehingga kini, media sosial yang membabitkan penyokong Indonesia dilihat agak riuh apabila masing-masing menyatakan rasa bangga apabil Kurniawan bakal melatih pemain bertaraf bintang tersebut pada masa akan datang.

Untuk rekod, pada musim lalu Como tampil cemerlang dalam saingan Serie C apabila muncul juara dan melayakkan diri mereka beraksi di saingan Serie B musim baharu ini.

Dengan kehadiran Fabregas, dijangka kelab tersebut bakal mendapat suntikan kreativiti di bahagian tengah apabila pemain tersebut bukan satu nama asing lagi dalam dunia bola sepak profesional.

Bekas pemain Monaco ini juga pernah menjulang Piala Dunia pada tahun 2010 di Afrika Selatan bersama Sepanyol serta membawa negara tersebut menjulang UEFA European Championship sebanyak dua kali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN