Pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta menyifatkan segalanya belum cukup buat kelab London tersebut seandainya mereka berjaya memenangi kejuaraan Piala FA musim ini.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu juga memperlihatkan bahawa kejayaan Piala FA masih belum mampu untuk menyelamatkan apa yang terjadi dalam kempen liga musim ini.
Skuad bimbingan Antonio Conte itu terus keciciran mata apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang West Ham di Stamford Bridge bagi melenyapkan peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Keadaan sama yang dilalui mereka pada musim lalu. Menghadapi saingan musim 2016/17 (ketika menjadi juara liga) tanpa menghadapi aksi di saingan Eropah.
Chelsea ketinggalan 10 mata dibelakang pasukan ditempat ke-4 iaitu Tottenham Hotspur ketika perlawanan hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi.
Lebih mengecewakan, mereka hanya mampu mencatatkan tiga daripada 11 perlawanan liga setelah memasuki tahun 2018.
”Piala FA merupakan satu trofi yang besar, dengan banyak sejarah mengenainya tetapi ianya tidak cukup buat kami.”
”Kami akan berusaha untuk memenanginya tetapi kejuaraan itu dapat dapat menyelamatkan kempen kami musim ini.”
”Untuk hanya mencatatkan keputusan seri dalam satu lagi perlawanan derbi London adalah sesuatu yang mengecewakan kami semua dan para penyokong. Kami tidak gembira dengan keadaan ini.”
Ketika Azpilicueta tidak gembira walaupun mereka berjaya memenangi Piala FA, rakan sepasukannya, Eden Hazard mempunyai pendapat yang berbeza.
Dari pengamatan Hazard, kejayaan memenangi Piala FA menjadi kunci buat Chelsea untuk menamatkan musim ini dengan membuktikan usaha yang telah mereka berikan.
”Saya harap, untuk peminat Chelsea dan diri saya sendiri bahawa kami boleh untuk mencapai sesuatu,” jelas Hazard kepada wartawan.
”Kami masih mempunyai Piala FA untuk diperjuangkan, jadi kami perlu membawa trofi tersebut ke Stamford Bridge pada penghujung musim ini.”