Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham tetap akan merealisasikan aspirasinya untuk membina pusat latihan buat pasukannya.
Namun begitu, hanya takdir sahaja akan tentukan bilakah ianya dalam dibina dengan jayanya.
Berkongsi kepada penyokong Kelantan di laman Facebooknya, Zamsaham berharap yang urusan untuk mewujudkan pusat latihan tersebut akan dimudahkan oleh Allah.
“Permudahkan urusanku ya Allah. Lambat atau cepat aku percaya kepada ketentuanMu.
“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. [Mudah]-mudahan dikabulkanlah hajat kami untuk memiliki pusat latihan sendiri,” tulis Zamsaham di Facebook milik beliau.
Dalam masa yang sama, Zamsaham juga turut menayangkan kepada umum rekaan pertama untuk pusat latihan Kelantan yang diimpikannya.
Daripada lakaran yang dikongsikan Zamsaham, ianya melihatkan corak pusat latihan yang moden lagi canggih.
Mengenakan warna merah dan putih sebagai warna utama, lakaran pertama ini bagaimana pun tidak menunjukkan pelan dalaman pusat latihan ini.
Namun demi mengecapi kejayaan buat bola sepak Kelantan, pastinya ianya akan dibina dengan fasiliti terbaik yang mampu menaikkan potensi pemain yang mewakili The Red Warriors.
Kelantan musim ini hadir dengan nilai optimis yang besar dalam usaha bersaing bersama-sama kelab-kelab yang lain.
Dengan kehadiran jurulatih baharu serta kali pertama beraksi di Liga Super setelah sekian lama, amatlah wajar untuk penyokong mereka tidak terlalu mengharapkan kejayaan yang amat besar dihasilkan Kelantan.