CEO Terengganu Mohon Penyokong Jaga Disiplin Pada Aksi Final

Bahang saingan peringkat akhir Piala FA 2022 yang mempertemukan antara Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin dirasai kini dalam kalangan penyokong.

Menerusi persembahan semasa yang positif dipamerkan oleh kedua pasukan, pastinya kedua penyokong pasukan tersebut menzahirkan rasa teruja untuk melihat perlawanan akhir ini.

Namun begitu, sudah pasti disiplin serta tingkah laku yang baik turut ditagih buat para penyokong agar sebarang insiden tidak diingini berlaku sewaktu hari perlawanan, sekali gus memberi contoh terbaik buat semua pemerhati bola sepak dalam dan luar negara

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Ab Rasid Jusoh yang menasihatkan agar para penyokong mampu menjaga tingkah laku dengan baik pada 10 September ini.

Menurut beliau, sebarang insiden yang tidak diingin perlu dielakkan supaya perlawanan mampu berjalan dengan lancar, selain berharap agar penyokong Terengganu mampu menerima segala keputusan pada akhir permainan.

“Kepada penyokong-penyokong Terengganu, ketika teruja berikan sokongan kepada pasukan, saya menyeru agar mereka sentiasa berdisiplin.

“Apa-apa yang berlaku, kita sebagai orang timur yang punyai budaya menarik, hendaklah menjaga tingkah laku.

“Jika keputusan kurang memihak kepada kita, berundur secara baik dan jangan buat sebarang perkara yang kurang menyenangkan, itu sahaja seruan saya kepada semua penyokong yang saya sayangi,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod, kali terakhir Terengganu beraksi dalam saingan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada tahun 2011 lalu sewaktu mereka menewaskan Kelantan dengan keputusan 2-1 untuk muncul sebagai juara.

Pada masa sama, Ab Rasid menyifatkan pemilihan SNBJ sebagai sesuatu yang sangat tepat kerana reputasi yang amat baik ada di stadium tersebut.

Selain itu, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana berjaya mendapatkan stadium tersebut sebagai gelanggang perlawanan akhir, kerana mempunyai segala kemudahan terbaik untuk digunakan.

“Sememangnya semua peminat Terengganu memang tertunggu-tunggu hendak datang ke sini bagi menyaksikan perlawanan tersebut selepas 11 tahun tidak menjenguk ke Bukit Jalil.

“Kalau kita tengok keadaan di sini, situasinya sangat sesuai bagi adakan perlawanan akhir melihatkan kemudahan yang terdapat di Stadium Nasional,” katanya.

Terengganu sebelum itu terpaksa berhempas pulas dalam aksi separuh akhir Piala FA sebelum melangkah ke final dengan menewaskan Selangor menerusi penentuan penalti, setelah sebelum itu masing-masing terikat dengan keputusan 1-1.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN