CEO Terengganu Beri Sebab Kenapa Gugurkan Habib Haroon Untuk Musim Hadapan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Mohd Sabri Abas tampil memberi kenyataan mengapa pasukan tersebut terpaksa melepaskan khidmat tonggak import mereka musim ini, Habib Haroon untuk saingan hadapan.

Terdahulu, laporan menyatakan Terengganu bakal membuat sedikit rombakan dalam kalangan pemain import dengan mereka hanya akan menandatangani lima atau enam pemain sahaja musim depan berbanding sembilan tahun ini.

Sembilan pemain import ditandatangani Terengganu musim ini ialah Sardor Kulmatov, Argzim Redzovic, Omid Nazari, Nurillo Tukhtasinov, Habib Haroon, Sony Norde, Adisak Kraisorn, Ivan Mamut, serta penyerang lincah, Jordan Mintah.

Daripada sembilan pemain tersebut, Sabri menyatakan Terengganu mungkin hanya akan mengekalkan Nurillo bersama Mamut selain Argzim didaftarkan selaku pemain tempatan atas faktor naturalisasi.

Selebihnya, mereka dijangka tidak akan diberikan tawaran kontrak baharu bersama Terengganu musim hadapan termasuk penyerang lincah, Mintah.

Jelas Sabri, mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana langkah penjimatan akan dilakukan Terengganu untuk saingan hadapan berbanding pads tahun ini.

Malah, faktor permintaan gaji membabitkan Habib serta Sony menjadi punca kenapa mereka perlu berpisah untuk saingan hadapan walaupun kedua import tersebut mempamerkan aksi cukup konsisten.

Terdahulu, khabar angin di media sosial menyatakan Habib dilepaskan oleh Terengganu atas faktor perselisihan faham membabitkan pemain itu bersama pasukan berkenaan, sebelum diterangkan kembali oleh Sabri.

“Kita tidak nafikan Habib dan Norde beraksi dengan baik bersama TFC pada musim ini, malah dua pemain itu adalah antara nadi dalam pasukan sehingga berjaya membantu TFC mara ke pentas final Piala Malaysia dan mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat Kumpulan G saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).

“Namun kita terpaksa mengetepikannya daripada pasukan pada musim depan kerana kita tidak mampu untuk membayar gaji yang dimintanya biarpun kita masih berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Ini kerana pada musim depan kita akan mengamalkan langkah penjimatan dalam perbelanjaan bagi memastikan perjalanan pasukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutama berkaitan gaji pemain,” kata Mohd Sabri menerusi laporan Harian Metro.

Habib boleh dianggap sebagai pemain cukup berkualiti pernah dimiliki oleh Terengganu di posisi tengah sejak penyertaan beliau pada tahun 2021 bersama pasukan berkenaan.

Manakala Sony pula boleh dikatakan memberi impak cukup besar buat Terengganu, khususnya di posisi serangan menerusi kelincahan dimiliki beliau untuk mengatasi pasukan lawan.

Setakat ini, kedua pemain tersebut sudah pun dikaitkan bersama pasukan baharu masing-masing menerusi media sosial dengan Habib dijangka akan menyertai Kedah serta Sony kini diintai kelab dari India.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN