Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang ketika ini masih lagi enggan untuk mendedahkan barisan para pemain baharu mereka untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) hadapan.
Terdahulu, Sri Pahang telah pun mengumumkan beberapa pemain mereka pada tahun lalu untuk dikekalkan mereka pada musim akan datang di beberapa posisi.
Namun, tanda tanya mula timbul apabila pasukan tersebut masih belum mengumumkan sebarang pemain import baharu membabitkan slot tempatan atau import di media sosial.
Walaupun begitu, tampil Suffian untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai para pemain baharu akan menyertai Tok Gajah pada saingan hadapan.
“Memang ada pemain tempatan dan import baharu akan menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat ini tetapi saya tidak boleh mengumumkannya setakat ini.
“Apa yang boleh saya katakan Sri Pahang akan memulakan latihan pertama pada minggu ketiga bulan ini,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.
Ketika ini, beberapa tonggak utama mereka sah menandatangani kontrak baharu bersama Sri Pahang dengan tumpuan diberikan kepada pemain naturalisasi dari Argentina iaitu Sergio Aguero.
Selain itu, Sri Pahang turut menandatangani pemain lain seperti Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq, serta beberapa bintang muda berbakat besar untuk memperkukuhkan pasukan tersebut.
David Rowley juga secara peribadi telah pun menyatakan kami beliau akan terus bersama Sri Pahang pada musim hadapan, dalam misi beliau untuk cuba melayakkan diri kembali bersama pasukan kebangsaan.
Ketika ditanya Suffian mengenai misi Sri Pahang untuk saingan hadapan, beliau mahu pasukan itu tampil lebih baik berbanding pada tahun lalu dalam aksi Liga Super akan datang.
Musim lalu menyaksikan Sri Pahang menamatkan cabaran dalam saingan Liga Super di tangga kelima bersama aksi cukup menyakinkan dengan membabitkan adunan pemain tempatan serta import berkualiti.
Malah, Suffian sendiri mengakui pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad masih sedang mengenal pasti beberapa pemain bersesuaian untuk ditandatangani.
“Setakat ini, barisan kejurulatihan yang diketuai Fandi sedang meneliti beberapa pemain tempatan dan import untuk dibawa masuk ke Sri Pahang. Fokus utama di semua posisi iaitu serangan, tengah dan pertahanan.
“Kita harap prestasi lebih mantap dapat dipersembahkan dengan gandingan pemain lama dan baharu, sekali gus mencapai kejayaan lebih baik berbanding musim lalu,” katanya akhir sekali.