CEO Selangor Turut Sertai ‘Majlis’ Maki Pengadil Selepas Perlawanan

CEO Selangor Dr Johan maki pengadil

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dilihat menyertai penyokong ‘menegur’ pengadil perlawanan malam tadi.

Selangor melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan tertunda Liga Super minggu ke-16 yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria telah menjadi sasaran penyokong Selangor selepas dilihat seperti memihak kepada JDT dalam aksi tersebut.

Salah satu keputusannya yang dipersoalkan para penyokong adalah ketika menganugerahkan sepakan penalti kepada pelawat pada minit ke-33.

Ramai beranggapan yang kekasaran pertahanan tuan rumah, Yazan Al-Arab ke atas Arif Aiman Hanapi tidak sepatutnya diberikan penalti. Penalti yang diberikan Zulkarnain itu membolehkan JDT meledak jaringan pembukaan perlawanan selepas kedua-dua pasukan buntu selama setengah jam aksi.

Pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson da Silva mudah untuk menewaskan Sam Somerville ke sudut sebelah kanan penjaga gawang itu untuk JDT terlebih dahulu memimpin perlawanan.

Aksi semalam juga menyaksikan JDT gagal untuk beraksi seperti kebiasaan apabila banyak kesilapan yang dibuat selain jentera serangan tidak kreatif.

Herlison Caion berjaya mendapatkan jaringan penyamaan buat Red Giants pada minit ke-64 setelah ada kesilapan yang dibuat oleh barisan pertahanan pelawat yang membuka ruang buat Selangor untuk memperoleh jaringan.

Aksi berkesudahan dengan kedudukan 1-1 dan ini adalah kali ketiga JDT merekodkan keputusan seri selepas 16 perlawanan. Ini juga merupakan keputusan seri pertama buat pengendali baharu JDT, Hector Bidoglio.

Dalam salah satu rakaman yang tular di ruangan Twitter lewat malam tadi, kelihatan pengadil perlawanan sedang bersedia untuk keluar dari stadium selepas perlawanan berakhir. Zulkarnian dilihat sedang berada di tepi kereta dan sedang ‘ditegur’ oleh penyokong Selangor tentang mutu pengadilannya.

“Ingat akhirat bang”, “anaiya orang lain bang, ingat”, “ingat anak bini dekat rumah tu”, “makan duit haram tu bang, ingat” adalah antara ‘tazkirah’ ringkas mereka selain sesi makian sambil Zulkarnain hanya mendiamkan diri.

Dalam rakaman kedua yang dikongsi oleh @wanaimanhafiz_ itu akhirnya dapat dilihat salah seorang peserta ‘majlis’ maki pengadil tersebut iaitu CEO Selangor, Dr Johan. Barangkali beliau juga sudah tidak mampu bersabar.

https://twitter.com/wanaimanhafiz_/status/1566151657792016387

“Tanggungjawab tu besar. Anaiya orang lain yang kerja,” antara ungkapan Dr Johan sebelum ditarik seorang individu sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada Zulkarnain yang dilihat telah berlalu pergi dengan keretanya.

Zulkarnain juga merupakan pengadil perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Jun lalu di Stadium Sultan Ibrahim yang menyaksikan Selangor tewas 1-5. Selain itu, Zulkarnain juga antara pengadil yang sentiasa dipersoal mutu pengadilannya sebelum ini. Masih ingat kata-kata Dickson Nwakaeme?

“Dia [Zulkarnain Zakaria] patut jadi penghantar makanan atau penjual, bukan pengadil bola sepak”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN