CEO Perlis United: “Kami Sedia Bersaing Dalam Liga Super”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perlis United iaitu Rozailmee Zulkeply tampil bersemangat untuk mengharungi saingan Liga Super bagi musim 2024/2025 selepas mereka kini dilaporkan semakin hampir lengkap daripada segi persediaan untuk didaftarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, beberapa laporan di media sosial timbul dengan menyatakan Perlis bakal mencipta penampilan semula dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Walaupun ada beberapa kontroversi dan persoalan ditimbulkan segelintir penyokong tempatan di media sosial, Perlis dilihat sudah pun membuat beberapa persediaan untuk kembali ke saingan tertinggi di Malaysia ini.

“Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada MFL kerana memberi peluang kepada Perlis United FC untuk bersaing dalam Liga Super 2024.

“Kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang menyertai peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi, dan kerja keras seluruh pengurusan pasukan, jurulatih, pemain dan kakitangan kelab.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kami, penyokong setia, dan semua orang yang telah menyumbang dalam perjalanan kami ke arah Liga Super. Sokongan berterusan anda telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kami.

“Kami berjanji akan bekerja keras dan memberikan usaha yang terbaik untuk memberikan persembahan terbaik untuk Perlis United FC dalam pertandingan ini.

“Kami faham bahawa persaingan dalam Liga Super adalah sengit, dan kami bersedia untuk menghadapinya. Kami akan mempertahankan maruah kelab dan membanggakan penyokong kami melalui usaha dan semangat kami dalam setiap perlawanan.

“Semoga mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Perlis dan seluruh Malaysia dalam perjalanan ini. Bersama-sama, dengan kerjasama dan dedikasi kami, kami menyasarkan untuk mencapai kejayaan untuk Perlis United FC.

“Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih kepada MFL atas peluang ini. Kami bersedia untuk bersaing dalam Liga Super 2024,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh Rozailmee.

Tahun lalu menyaksikan Perlis menghuni kedudukan kelapan dalam saingan Liga M3 MBSB Bank Championship dengan meraih 32 mata daripada 24 perlawanan dilalui.

Walaupun berkemungkinan besar akan beraksi di pentas Liga Super, Perlis masih perlu memenuhi syarat tambahan untuk Singa Utara mendapat lesen luar biasa (extraordinary license) seperti ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN